Tips: 7 perkara yang perlu anda tahu sebelum ke butik pengantin




       Dalam entri shopping kain di Jakel, aku ada cerita yang aku ke butik pengantin untuk menempah baju. Aku ke butik tu dah lewat. Pukul 6 petang. Sebab tunggu si empunya kedai. Dia kerja. Aku pon baru tau owner butik tu still kerja office hour lagi. Tapinya, janji pukul 6 petang, pukul 730 malam baru dapat jumpa. Owner stuck dalam traffic jam Penang bridge. hai la. Kesian si dia datang jauh-jauh dari Ipoh tapi kena tunggu lama. :(

       Okeylah, lupakan cerita tentang lambat tadi. Aku nak cerita tentang pengalaman aku pula. Sambil cerita pengalaman, aku rasa lebih baik aku bagi tips sekali.Terutamanya untuk yang tak ada pengalaman ke butik macam aku ni. Aku akan ceritakan serba sedikit apa yang perlu korang tahu dan persediaan yang perlu sebelum dan semasa di butik. Semua ni berdasarkan pengalaman dan kesilapan aku sendiri.

  • Pilih butik yang terbaik dan berbaloi sepanjang anda survey. Make sure butik mempunyai pelbagai pilihan untuk baju pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki. Kesilapan aku adalah terlalu fokus pada baju pengantin perempuan je. Bila aku tengok baju pengantin perempuan cun, aku kira on je. Tapi bila pergi dengan si dia untuk tempah baju, baru aku tahu butik yang aku pilih cuma ada SATU je design untuk baju pengantin lelaki. Yer, satu je. Dorang just buat mandarin coat untuk lelaki. Aku bernasib baik sangat sebab si dia tak cerewet dan dia suka juga dengan mandarin coat. Haaa..kalau si dia takmau..acaner? Kan dah masalahhhh..huhu

  • Decide siap-siap warna tema untuk majlis dan warna baju yang korang inginkan. Korang kena firm untuk ni supaya tak rambang mata bila di butik nanti. hehehe. Bila ke butik memang banyak warna yang cun-cun belaka sampai juling bijik mata korang tengok. Makanya sebelum pergi tu, decide warna pilihan siap-siap and determine dalam hati, apa-apa pon memang nak pilih warna ni juga. Bukan apa, kalau tak tetap pendirian susah nak buat keputusan nanti. :p

  • Pilih 2 atau 3 warna tema sebagai backup. Walaupun aku cakap di atas tadi suruh determine siap-siap dalam hati, korang pilihlah juga beberapa warna sebagai backup. Bukan apa, ini semua kalau-kalau butik pilihan korang tak dapat menyediakan warna 1st choice tadi. At least korang tak pening-pening nak pilih warna apa pulak. Macam aku, nak jugak-jugak warna peach tapi pihak butik cakap dorang susah nak cari kain warna tu. Takut tak dapat warna yang macam aku nak. So, dorang tak nak amik risiko. Aku pula tak pikir pon pasal 2nd choice pon sebelum ni. Ambil masa juga nak decide on the spot. 

  • Buat research dan study secukupnya. Ini meliputi semua segi tau. Dari baju pengantin, pelamin, hiasan meja makan sampailah ke hiasan bilik tidur. Bawa beberapa contoh gambar dan design yang korang nak. Gunakan gambar-gambar tu sebagai reference supaya mak andam lebih faham apa yang kita inginkan. Taste setiap orang tak sama. Sebab tu pentingnya ada reference supaya kedua belah pihak faham dan boleh visualize apa yang dibincangkan. Jangan serahkan bulat-bulat tugas men-design kepada mak andam. Kenapa? Sebab korang yang nak kawen, bukan mak andam..hehehe

  • Bincangkan dengan teliti kandungan pakej. Korang kena aware apa yang ada dan tak ada dalam pakej yang telah dipilih. Selain tu, kena faham sampai mana servis yang korang dapat dengan harga yang korang bayar. Contohnya, korang bayar RM1k untuk pelamin, pastikan korang tahu pelamin yang macam mana korang patut dapat. Cuba tawar harga yang terbaik berdasarkan apa yang korang dapat. Tapi janganlah sampai mak andam tarik muka. Dia pon nak untung juga..heheheh

  • Berbincang dengan jelas mengenai cara pembayaran. Setiap butik mempunyai cara penjelasan bayaran yang tersendiri. Ada yang boleh ansuran bulan-bulan. Ada yang kena bayar 3 kali sahaja. Ada yang kena langsaikan sebelum majlis. Memang macam-macam caranya. Tugas korang adalah cuba nego cara pembayaran mengikut kemampuan diri dan pasangan. Kalau boleh, tinggalkan sedikit baki bayaran selepas majlis. Bukan tak percaya. Cuma untuk berhati-hati kalau-kalau butik pengantin buat hal last minute. Banyak kes yang dah terjadi. So, hati-hati k. :)

  • Berbincang dengan butik jumlah kain yang perlu di beli berdasarkan design. Ok, ini pula untuk yang bercadang untuk menempah baju nikah atau sanding sendiri. Pastikan korang berbincang dengan tailor terlebih dahulu mengenai jumlah kain dan material yang sesuai untuk design yang korang pilih.  Tanya dengan jelas k. Kalau tak yakin, aku nasihatkan serahkan tugas membeli kain ni kepada tailor je. Dia lebih tahu apa yang dia perlukan. Tapi aku beli sendiri sebab nak puas hati dan dapat pilih mengikut bajet. Semua tu terpulang pada korang. Yang penting, discuss dengan mak andam supaya tak silap beli. Juga nak elakkan beli kain tak cukup.

       Aku rasa ini jelah kot tips aku untuk korang setakat ni. 
Semoga tips ni dapat membantu mereka yang nak ke butik pengantin selepas ni. 

Good Luck korang! :)




22 lovebirds:

  1. tq faezah ;) gud info tp fadh smpaiii laaa ni xdecide baju sanding warna ape..adehhh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyokkk..cik fadh bulan bape majlisnya? xlama dah kan..hope semua lancar :)

      Delete
  2. Bgusnye tips ni..........ta faezah!!
    Sgt2 berguna.. ('',)

    ReplyDelete
  3. tips yang sangat berguna untuk b2b....
    betul itu faezah memang kene ambik kira semua ini utk memudahkan urusan kita dengan pihak butik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq azie..semoga berguna utk b2b yang lain.. :)

      Delete
  4. betul tu. dan warna backup ni penting kalau warna kegemaran kita tu dh ada kt butik tapi bukan saiz kita. hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa btul tu qira..backup warna lain mmg penting sgt :)

      Delete
  5. salam faezah..saya pernah ke 1 butik pengantin ni.saje nak datang survey tanya harga tempah baju berapa.my mistake is i didnt attached my chosen design before come to their shop.sekali kena perli kaw kaw punya.membara dalam hati Allah je la yang tahu.perli dia xyah survey2 buang masa buang minyak siap suruh kite calculate lagi duit yangkita habiskan untuk survey butik je.huhu aduii nyesal datang butik camtu.xmembantu langsung.anyway selamat buat preparation :) salam dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam amirah..geramnya klu jumpa butik camtu yer..actly dia yg rugi menolak customer..walaopon kita xbawa design at least entertain la jugak..rugi butik tu wat awak camtu,,
      tq wish yer ;)

      Delete
  6. tak sempat nak pikir panjang-panjang sebelum ke butik haritu..sudahnya end up pelamin kaler lain, bju kaler lain, bilik pengantin kaler lain..haha..jangan jadi pelangi sudahlah nanti..

    btw, nice tip pada siapa yang tak pegi survey butik lg..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yna :)
      takpe awak..klu baju mesti kena lain dari pelamin n background bilik tido..yg penting sweet n cantik..huhu

      Delete
  7. teringat time kawen dulu sibuk pilih butik pengantin. Sweet moment sungguh. semoga semuanya berjalan lancar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih imah..tgh enjoying the moment..hehehe

      Delete
  8. hm.. licha paling tak reti nak pergi survey.. takut kena mahal. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe awakk boleh cari 3, or 4 butik..then tgk harga..mesti da boleh agak average butik harga bape..make sure berbaloi dgn duit awak k..gudluck!

      Delete
  9. tips tu semua betul! Kte pon apply tips tu masa buat survey haritu. alhamdulillah la semua dah confirm :)

    ReplyDelete
  10. Good sharing untuk bride to be tu :)

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me