Hai semua! :)
Harini baru dapat online semula lepas 5 hari balik kampung. Memang syok dapat balik kampung. Dapat jumpa family dan anak-anak buah. Selain tu, rasa lega sikit sebab dapat settle serba sedikit kerja kahwin masa balik kampung haritu. Sempat jumpa tailor untuk tempah baju nikah dan baju resepsi.
Walaupun ada masa 4 bulan lagi, baju kena tempah awal. Sebab aku jarang dapat balik kampung. Lepas belek-belek kalendar tahun 2014, mungkin ada 2 atau 3 kali je dapat pulang ke kampung sebelum majlis. Dah kena plan awal-awal bila untuk settle borang nikah dan fitting baju dengan tailor. Harap tailor tak buat hal lah yer. huhu
Di sebabkan kitorang kena tempah baju nikah dan resepsi masa cuti Krismas juga, aku dan si dia terpaksa cari kain masa weekend sebelum balik kampung. Di Kerteh tak banyak pilihan, jadi kami terus ke Kuantan. Masa tu nasib baik banjir di kawasan pantai timur pon dah surut. Alhamdulillah. Kalau tak, pening juga kan.
Sampai je Kuantan, kitorang terus ke Kamdar. Kamdar Kuantan ni boleh tahan besar jugalah kalau nak bandingkan dengan Kamdar dalam Mesra Mall. Memang lagi banyak pilihan. Pusing-pusing a few times tengok kain chiffon dan lace, tapi kitorang dua-dua tak tau nak beli yang mana satu. Banyak jenis sangat. Sales Assistant busy layan customer lain masa tu. Perut pon dah berbunyi-bunyi. Terus aku dan si dia pergi lunch.
hasil shopping di Jakel :D |
Untuk sepasang lengkap dengan shawl dan veil, aku beli 7 meter kain chiffon, 4 meter kain bridal satin dan 1 meter lace. Untuk si dia pula, 4 meter kain untuk baju melayu. Kitorang decide untuk beli semua kain tu tak sampai sejam pon. Bagi aku tu dah cukup cepat dah. Aku expect kitorang pilih kain lebih lama dari tu. huhu. Selain tu, harga pon berbaloi. Jakel buat sale sampai 5 Januari. Sempat lagi kalau korang nak pergi! :D
solemnization..surprisee warna apa! |
Turun ke Level 1, kitorang mencari pula kain untuk parents dan family aku. Adik-beradik aku semua dah kahwin, semua orang dah ada partner. Bila nak mencari kain yang sama untuk satu family yang besar, memang agak mencabar. Susah nak cari kain yang warnanya berkenan dan cukup untuk semua orang. Last-last, memang kena amik gulung kain yang tak buka lagi. huhu.
kain pasang untuk family |
Apa-apa pon lega sangat haritu sebab dah settle satu perkara besar. Beli kain nikah dan kain untuk family. Alhamdulillah. Walaupun poket dah nipis sikit, still rasa happy sebab nak bagi sesuatu untuk adik-beradik yang akan berpenat-lelah masa majlis nanti. Untuk cerita jumpa tailor, kita cerita dalam next entry pula yer. Sebab ceritanya macam-macam, tunggang terbalik. huhu
Ok, bye dearies. :)
all the best in preparation kak faezah..shopping kat jakel mmg berbaloi wpn mahal skit. lgpun staff dia friendly sgt..hehe..terkenang saat2 bt preparation kawen ritu :) rindu
ReplyDeletebtul tu yong..sbb staff dia frenly kita rasa seronok nak bli..nice customer service kan :)
Deletebestnyaa buat persiapan kawen... tempah baju sendiri yer.bagus2.. nnt leh di guna pakai balik..
ReplyDeleteaah jijah..ini utk nikah..resepsi amik butik :)
Deletetak sabar nak tengok kain ini bila dah siap...suprises ehh faezah..
ReplyDeletehehe..surprise skit la azie..hehehe
Deletetak sabar nak tengok kesudahan nye ^^
ReplyDeletetak lama lg dear..lg 4 bulan saja :)
Deleteawal tahun ni banyak sale, tapi duit yang tak cukup..
ReplyDeletehu
yaaa..btul tu...duit yg xckup..pilihan mmg mcm2..hehhe
Deletepatutlah faezah senyap jek..balik kg rupenye..hehe..
ReplyDeletedah setel bab yang paling penting gak kan..bab bju ni la yg paling mencabar rasanya..=)
hehe..aah yna..ni kira yg utama gak la..slepas booking catering, butik n photographer^^
Deletealhamdulillah..kalau ke Jakel memang pening kepala..pening sbb byk sgt pilihan..tinggal duit nya sahaja tak banyak..hehehehe!
ReplyDeleteaah..pegi jakel mmg kena bawak 'duit plastik la'..:p
Deleteaah..sy pun borong kain kt jakel mse mlm thn baru ritu...anyway good luck utk preparation ye :)
ReplyDeletemurah gak kan beli masa sale aritu..hehe
Deletetq yer erza :)
Sha baru nak ke Jakel selepas dah survey. Tapi takut nak ke sana, risau mahal je. Bajet ciput.
ReplyDelete