TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu



       Ohhh..lamanya aku tinggalkan blog ni. Hampir 2 minggu juga tak blogwalking. Rindu. Rindu. Rindu. hehehe. Minggu lepas, aku sibuk dengan kerja pejabat yang tak pernah surut. Minggu ni pula aku ada kursus 4 hari di Kuala Terengganu. Baru je habis semalam. Harini dapatlah berehat-rehat di rumah. Walaupun tuan tanah takde, TQ soooo much kepada yang singgah sini dan sudi drop komen sepatah dua. :)

      Alkisahnya harini, nak cerita pasal hotel yang aku menginap selama 4hari3malam. Aku menginap di TH Hotel & Convention Centre sepanjang aku berkursus. Hotel ni bukanlah hotel 5 bintang dan kebabom seperti Mandarin Oriental. Tapi aku sangat berpuas hati dengan servis dan layanan mereka. Hotelnya pon best dan antara hotel yang dekat dengan tempat aku berkursus iaitu Batu Rakit.

       Pada pendapat aku, di Batu Rakit ni tak banyak hotel yang betul-betul best. Kebanyakan lokasi hotel adalah di pekan Kuala Terengganu which takes almost 40 minutes to Batu Rakit. Jauhkan? Kalau hari-hari kena drive pergi-balik selama 4 hari, malaslah aku. hihi. So, aku pilih TH Hotel ni. Untuk yang ingin ke Batu Rakit, Gong Badak, Seberang Takir, dan kawasan sewaktu dengannya, bolehlah menginap di sini. Hotel ni dekat sangat dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Bangunan TH Hotel & Convention Centre (source: Google)

        Ni pandangan depan bangunan hotel. Senang je nak cari lokasinya. Landmark paling senang nak cari ialah depan stadium. Hotel ni dekat juga dengan Giant Gong Badak. 5 minit je. Senang nak makan dan shopping keperluan.

   

       Kalau menginap di hotel, katil mesti nak yang best. Aku pilih Deluxe Room sebab ada king size bed. Kalau Deluxe Twin, ada 2 katil single. Disebabkan aku sorang je, aku pilih deluxe room. Puas hati boleh golek sorang-sorang. hahaha. Katil memang besar. Muat tidur 3 orang dengan selesa.


       Ini pula TV and ruang untuk korang buat kerja or nak membaca. Abaikan yer barang-barang aku dan Vitamin Shaklee semua tu. huhuhu. Oh lupa nak bagitau. Hotel ni masih baru lagi. Dorang belum pasang Astro lagi. Untuk aku yang berkursus ni, kira oklah. Jarang dapat tengok TV.

       Ruang untuk bilik juga luas dan selesa. Untuk family yang ramai pon OK. Takde lah nak bersesak sangat. Cuma satu je yang tak best. Slipper dalam bilik tidak disediakan. Lantai dia sejuk sikit. Lucky me sebab bawak stokin.hehe



        Set toiletteries. Macam hotel lain juga, ada shower gel, shampoo, hand soap dan shower cap. Dorang tak sediakan tooth brush dan conditioner. Korang jangan lupa bawa sendiri k. Untuk toilletries, aku lebih suka pakai yang sendiri punya. Lebih selesa.


        Permandangan dari bilik aku, akan nampak swimming pool. Untuk orang dewasa, ada dua swimming pool. Satu yang sebelah kanan gambar. Satu lagi indoor swimming pool khas untuk muslimah. Tiada dalam gambar. First time aku jumpa hotel yang sediakan swimming pool khas untuk wanita sahaja. Untuk budak-budak pula, pool nya pon best dan cantik macam dalam gambar. Mommies out there boleh lah bawa babies korang pergi swimming yer. :D


        TH Hotel juga menyediakan parking lot yang luas. Sebelah je dengan swimming pool. Korang tak payah risau sangat pasal parking sebab ada banyakkkk. hihi

*****

       Lepas dah habis cerita pasal bilik hotel mesti korang nak tau berapa rate hotel ni kan? Rate hotel ni amat berpatutan. Untuk Deluxe room RM250 per night. Untuk yang ada corporate rate, akan jadi lebih murah. Kalau untuk budget trip, mungkin boleh amik Superior Room yang lebih murah. Kalau tak silap harga semalam, kurang dari RM200.

       Last but not least aku nak share kekurangan hotel ni. Walaupun overall, aku recommend hotel ni, tapi adalah juga sedikit yang tak best. Sedikiiitttt je. Tapi korang perlu tau juga. :)
  • TV tak ada Astro.
  • Wifi Connection hanya di hotel lobby sahaja. Tiada Wifi di dalam bilik buat masa ini. 
  • Limited choice of breakfast menu.
  • Tiada in-room slipper.


Ok, itu saja. Salam hujung minggu. Bye.

18 lovebirds:

  1. owh..hotel bru ek..bru tw.hehe..dh lme x jln2 area terengganu..rindunya kat kampung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata org baru la jugak ifnir. bolehla pegi dgn cik abg nnt.

      Delete
  2. wah kalau ke sana bolehlah menginap di sini... ^_^

    ReplyDelete
  3. Wahh..manyak syiok dok hotel..hehe..dlm byk2..yg plg best is swmg pool! Siyes cool ade pool ntuk muslimahhhh..klu sy da terjun da tu..haha..yg ntuk bdk2 pun mcm best..cntek!

    ReplyDelete
  4. dah siap yer hotel ni.. dulu2 belajr kat sni la. area batu rakit.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. br siap rasanye. wahh..awak blaja katne dulu?

      Delete
  5. wahhhhh bestnya... first time tengok TH hotel ni.. terbaik lah kan..

    ReplyDelete
  6. Wahhh cantik juga ye hotel ni.Kolam renang dia pon unik heee

    ReplyDelete
  7. Cantek Interior dia... nampak kemas dan bersih...

    Tak sangka TH ada hotel yer... (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TH ada byk hotel awakk..negeri lain pon ada..hehe

      Delete

 

online shop

Followers

hello me