Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur


Salam dearies. :)

Aku asyik outstation lately.
Blogging pon dah kurang rancak.
Dah lama tak blogwalking. :(
Nak update pasal kerja kahwin pula kena ada feeling-feeling dulu.
Takde mood tak syok nak cerita. hihi

Harini aku saja nak share dengan pasal salah satu hotel yang aku menginap masa outstation.
Jarang sangat aku nak cerita dalam blog kalau aku ada pergi mana-mana.
Disebabkan Mandarin Oriental ni best sangat, aku nak tempek gambar banyak-banyak. hihi

King Bed untuk standard room. Best kan?
 King Bed tu memang empuk sangat. Best gila baring.
Letak kepala je, terus rasa mengantuk. hihihi

Complimentary
Cantik kan deco dalam bilik. Nice sangat. Buah oren tu aku tak makan pon. 
Hari kedua bila masuk bilik lepas keja, housekeeping dah tukar dengan buah epal. 
Sedih. Baru niat nak makan.
Nak orennn! taknak epal. :(


Sofa. Feeling-feeling baca paper.
Sofa untuk relaks baca paper or etc. Tapi aku tak duduk pon.
Lagi suka baring atas katil sambil tengok tv. Tehehe.

Macam office dah.
 Ni pula working station. Pon aku tak duduk jugak.
Dah balik bilik, mesti nak rehat. Takkan nak buat keja lagi. hihi

Mini Bar in the room.
 Mini Bar. Ada coffee maker, maggi, peanut dan macam-macam lagi.
Fridge nya pon penuh dengan snack dan air tin.
Tapi bukan free yer kawan-kawan. Semua berbayar except coffee.
Maggi Cup harga RM15. Sanggup ke nak makan? hihihi

Bath Tub
 Bath Tub dia memang best. 
Masa mula-mula masuk bilik, dah rasa terpanggil-panggil nak baring dalam bath tub ni.
Sekali sekala apa salahnya feeling orang kaya.
Walaupun company yang bayar :p

Bathroom
 Aku suka Mandarin Oriental ni sebab dia bagi macam-macam toiletteries.
Selalu hotel bagi body wash dan shampoo je.
Tapi MO bagi body lotion, talcum powder dan mouth wash sekali.
Aku memang suka la ada toiletteries banyak-banyak ni.

Shower
 Ni pula gambar shower dan bath tub dia.
Showernya biasa-biasa saja.

View from my room
Ni pula view dari bilik yang aku menginap. Level 30 which is the top floor.
Kalau malam, lagi cantik.
Ada bilik yang menghadap KLCC tapi aku lupa nak request.
Kalau korang datang sini, mintaklah bilik yang facing KLCC tu yer.

Kesimpulannya, walaupun hotel ni agak mahal tapi aku rasa berbaloilah.
Hotel pon cantik. Kemudahan pon semua ada.
Yang penting, staff pon friendly.

Kalau nak honeymoon di KL, bolehlah duduk sini.
Walaupun di tengah KL, rasa aman dan tak rasa pon macam duduk tengah pusat bandar.
Oklah, next mission aku nak try hotel lain pula. hihi


ps: Tunggu aku blogwalking blog korang k! :)
pps: Klik iklan dalm blog ni plissss.. :)


30 lovebirds:

  1. Memang cantik , memang exclusive.
    Tu yang nak naik lif pun pakai kad jugak. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..btul tu..klu kad hilang xboleh naik bilik laa..

      Delete
  2. wewittt...bilik cozy sgt! love it! ni rasa nak ajak husband check in sana ni walauponnn umahnya di Bangi kan haha
    harus pegi ni~ untonggg la u dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi tau WE..even dekat pon, hotel tak sama dengan rumah sendiri..hihi

      Delete
  3. Replies
    1. best dear..bila2 boleh try check in sini :)

      Delete
  4. wowww! terpegun jijah jap... cantiknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik jijah! rumah sendiri xcantik camni..huhuh

      Delete
  5. wahhhhhh cantik cantik cantik!

    i tak pernah stay sana lagi sebab mahal.rabak poket..rabak buku bank semua rabak.hahaha

    enjoy your stay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayeen! i pon..klu x out station xmerasa la duduk sini..:)

      Delete
  6. next time sampai, u should keep the orange inside the ur bags or at least remove dari tempat asal, so they won't take it. sbb dia tau you nak menda alah tu...
    hehehe....
    kalau u ada trining kt bangi, kt ur tarining center tu, u should try shangri la or pullman putrajaya okay....
    hehehehe....
    selamat bergumbira....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the suggestion huda! ofismate da ckp pullman pon best..nnt boleh try..hihi

      Delete
  7. ya allah! teringat saila pernah check in sini sbb kerja thn lps..huhuhuhu! bilik lebih kurang sama, byk yg sama actually..rindunyaaaaaa..paling best bfast dia..puas lah rasa mcm2 jenis bfast,dah alang2 rm60++ kan..hehehehe! lepas tu MO jemput buka puasa pulak sbb kitorg pilih hotel dia untuk hal kerja, berbuka pun best yg amat :D

    memang recommended! teringin nak honeymoon sini,tp dari KL honeymoon KL ok ke mcm tu? huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh aje saila! da masuk bilik mcm xrasa dah kat tengah KL..best ek bfast dia?! rugi xamik bfast aritu..huhu

      Delete
  8. wah bestnya..tambah best kalau company bayarkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..btul tu..klu duit sendiri xrase best mcm ni la..haha

      Delete
  9. mcm syoknyer nk honeymoon sini kak..ekekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la cik fadh! check in utk honeymoon nnt..hehe

      Delete
  10. Cantiknya....best2 dpt bersantai2 kat sini..nak dduk dlm bath tup tu je..sambil2 pasang lilin aromaterapi.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..rasa xmau kluar bath tub je..hihi

      Delete
  11. Salam kenal Faezah! Jalan2 sini tambah kenalan baru.. #213
    Wow! Nampak mewah betul hotel ni.. Agak2 berapa ekk rate semalam? Mana tau ada rezeki lebih boleh check in sini kalau turun KL bila2 nanti.. Hehehe..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal miza^^
      klu corporate rate 395++..klu biasa xsure brapa..u shud try..berbaloi sgt :)

      Delete
  12. hotel ni mmg best...esp bab makanan hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker..xtry lg mkn sini..thanks for the info!

      Delete
  13. bestnya dapat merasa stay hotel mahal kan? anne tertarik ngan cermin bilik tu, luas pemandangan.. hihi..
    dah klik2 iklan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. scenery tu yg buat bilik ni rasa lg luas..
      tq ek anne :)

      Delete
  14. cantiknya....decoration dalam bilik tu memang nampak superb mahal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kannn akak..mmg rasa nak pergi lagi..

      Delete

 

online shop

Followers

hello me