DIY : Bekas Hantaran (tanpa perlu membeli dulang hantaran)

Hi lovelies. :)

Lama tak bercerita pasang tunang-tunang, kawen-kawen.hihi
Harini aku nak cerita pasal dulang hantaran.
Masa bertunang haritu aku tak beli dulang hantaran.
Aku tengok, dulang hantaran yang cantik-cantik agak mahal.
Satu dulang berharga RM19.90, kalau beli 9 dah berapa pulak kan...

Kalau bekas hantaran macam yang di bawah ni murah sikit.
Boleh dapat bawah Rm10.
Tapiiii..kena ada dulang hantaran supaya nampak tinggi.
Kena beli 2 jenis pulak..aiseh.
So, tak jadi beli yang macam ni.

Anggun Mempelai Boutique

Design yang ni pula dah berkenan lepas beli bantal polisterin.
Tapi tengok tu. Kena ada dulang hantaran tinggi juga. >.<

Arma Couture
Aku kalau boleh memang tak nak beli dulang hantaran.
Orang lain cakap, takpelah nanti boleh pakai masa kahwin.
Tapi aku rasa tak best nak recycle pakai bekas yang sama.huhu
Nak la design baru! Tak gitu?

Masa jalan-jalan di Small Garden, aku jumpa satu idea yang tak payah beli dulang hantaran pon.
Dan yang paling penting, idea ni tak makan belanja yang tinggi.
Caranya pun senang. Kita boleh buat sendiri.

Bahan-Bahan :
  1. Bantal polisterin empat segi (RM3.50/piece)
  2. Bantal polisterin bulat (RM2.50/piece)
  3. Kertas pembalut (RM1.50/piece)
  4. Pelapik kek (RM0.50/piece)
  5. Ribbon (RM9/roll; guna 2 roll untuk 9 polisterin = RM18)
  6. Gunting, gam, peniti and etc.

Polisterin empat segi


Bantal polisterin bulat yang di tengah. Lupa nak ambil gambar :)
Sumber : Google

Langkah-langkah :
  • Balutkan polisterin empat segi dan bulat dengan kertas pembalut. Polisterin empat segi cuma perlu dibalut di bahagian atas sahaja. Polisterin bulat pula hanya perlu di balut disisi sahaja. (Maaf, tiada gambar untuk polisterin bulat. Harap korang dapat bayangkan macam mana.)

  • Tampalkan pelapik kek di bahagian bawah polisterin empat segi untuk menutup bahagian yang tidak dibalut dan untuk menambahkan kekemasan. Selain tu untuk menstabilkan polisterin masa nak letak hantaran sebab polisterin terlalu ringan. Aku risau kalau terbalik. hihi

  • Lepas tu, hiaskan ribbon di sekeliling polisterin. Boleh gunakan bantuan peniti. Ukur lilit polisterin empat segi lebih kurang satu meter suku. Korang pilih la ribbon yang cute-cute atau yang nampak mewah sikit k. :)

  • Gamkan polisterin bulat yang telah dibalut tadi pada permukaan pelapik kek tadi. Tadaaa! bekas hantaran korang pon siap. Senang je! heheh  



Ini contoh hantaran aku tempohari.

Kos Untuk Satu Bekas Hantaran :
Bantal polisterin empat segi - RM3.50
Bantal polisterin bulat - RM2.50
Ribbon untuk hiasan - RM2.00
Kertas pembalut - RM1.50
____________________________________
Total : RM9.50
_____________________________________

Bagi aku, kos RM9.50 untuk satu bekas hantaran boleh dianggap murah.
Korang tak perlu menyewa dulang hantaran lain lagi.
Bantal polisterin ni pon boleh digunakan lagi masa kahwin nanti.
Cuma perlu tukar warna pembalut atau kainnya sahaja.

Tapi cara ni takyah lah pakai kalau korang boleh guna dulang yang kakak abang korang pakai dulu.
Ataupon bestfren korang nak bagi pinjam dulang free ke.
Korang rembat je la k.
Aku buat macam ni sebab tak nak keluar duit beli atau sewa dulang.
hiiiii..kedekut kan :p

Ok, itu saja sharing aku kali ni.
Selamat mencuba DIY bekas hantaran ni. :)
Daaaaa~~


36 lovebirds:

  1. Yes dear... consider murah tu... my mom aritu sibuk jugak nak beli... katanya yang laen my mom kasi diy.. cuma dulang tu dia nak jugak beli...hahaha i ikutkan je~ good for u dear.. boleh jimat! tu yg penting tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah WE mak nak belikan..i klu ada org nk blikan xyah ssh2 diy..hihihi

      Delete
  2. alamak....ngape hebat sangat leh DIY... huhuhuhu...
    saya nak guna glue gun tu pun terkial-kial...hehehe
    dan pasti kita tiada masa + tidak kreatif... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nak tauu..ni la first time sy guna glue gun tu..terkial2 gak mula2..tp practice makes perfect kan..^^

      Delete
  3. aah. sy pn terfikir nk buat macam ni je. takpun nak jahit bantal mcm org dok buat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy support qira buat..xsusah sgt..caiyok2!hihi

      Delete
  4. Hahaha kita punya hantaran untuk future majlis ni pun macam ni. JIMAT ! :D

    ReplyDelete
  5. wah kreatif juga ni..
    Cuma rajen dengan x rajen nk buat je..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan ada masa ngan takde masa je.. hihi
      terpaksa berkorban la sikit..

      Delete
  6. Wah..ni mmg btul jimat ni..kna wat cmni jgk ni...wit tu leh g honeymoon tmpt best2 kn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..btul tu..duit kena jimat untuk wedding dan hanimun..kih3

      Delete
  7. saila dulu pun teringin nak pakai bantal polisterin,tp ntah macam mana boleh tertukar pakai dulang besi pulak..tp kann..mcm besttt je balut2 polisterin tu..hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulang besi lg cantek sailaa..faezah nk simpan utk kahwin nnt..huhuu

      Delete
  8. waaaa cntik menarik tertarik,,jimat duit beli dulang hntran kan=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..jimat jugak laa..boleh simpan bajet utk kahwin nnt :)

      Delete
  9. teringin nak buat cmni..tapi dulang besi dah ade..huhu..btw, thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yana..dulang besi dah cantek..xperlu buat mcm ni dear :)

      Delete
  10. azie recyle time bertunang punya just ubah2 skit2 je...nk beli dulang hantaran br mcm membazir & mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..klu nak beli lg skali membazir nnt.. :)

      Delete
  11. wah..kreatifnya akak.. dah lma yong x berblogwalking. ada mslah internet. nak kta bz tu, x bz sgt pn.. Yong pu rndu sgt nak bt entry psl kawin2 ni.. keep it up & thumbs up for u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke patut lama xnmpak yong..nnt da ok keep udating blog tau..rindu nak pi baca blog yong..cerita ngan usop pon xabes lg kan :p

      Delete
  12. salam ,
    wahh ,menjimatkan btul laa , mmg plan nk wt cmnie pown .., thanks for share idea nie :)

    ReplyDelete
  13. Ann dah try kira-kira nak buat mcm nie,,, total cost agak tinggi dan x tahan nak simpan lama,, jd pikiq punya pikiq nak beli terus dulang hantaran... dgn harapan untuk diwarisi kepada 5 orang adik dan abg Ann yang sulung... Pejam mata la sekejap walaupun mahal...hehehhe

    ReplyDelete
  14. Cantik. Ada gambar lain untuk semua hantaran? Mind to share?

    ReplyDelete
  15. Salam. Cantik n nice idea. Bleh bg idea tak utk tapak hantaran n kos nya skali. Harap dpt bkongsi..trima kasi

    ReplyDelete
  16. Cantek comel paling pnting jimat..kretif sngt..

    ReplyDelete
  17. Yunk. Ada x cntoh gubahan bekas pertama. Olooo dh terbeli cm 2..dh trbeli, pkai jela..xpela rndah pn.

    ReplyDelete
  18. terima kasih di atas perkongsian.

    Idea yang bagus. Nanti kalau tak sempat nak beli dulang, bolehlah guna idea ini.

    ReplyDelete
  19. nk tanya, kat mana nk beli/cari polystyrene petak tu ye?

    ReplyDelete
  20. Mna beli polisterin tu ye

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me