Engagement Review : Doorgift marshmallow dalam plastik berbentuk cone.

Salam b2b :)

Masa bertunang hari tu, aku ada siapkan goodies untuk tetamu dan sedara-mara yang datang.
Dalam goody bag tu, aku letak beberapa barang.
Salah satu item tu ialah 'Marshmallow dalam plastik berbentuk kon.'
Haaaaa..panjang betul nama dia..full description lagi tu..hik3
Kalau kasi nama pendek-pendek nanti orang tak boleh imagine pulak.

Tapiiii..kalau dah bagi nama panjang pon tak boleh imagine jugak, korang tengok jelah gambar di bawah ni..hihi


Tak susah sangat nak buat marshmallow dalam plastik kon ni.
Korang boleh buat sambil lepak-lepak tengok tv atau sembang-sembang dengan family.
Barang-barang pon simple saja.

Plastik Kon
Masalah paling besar, nak cari plastik kon ni lah. Menggagau jugak aku mencari. hihi
Banyak kedai jual plastik kon yang bercorak.Susah nak cari plastik kon yang lutsinar tanpa corak.
Alhamdulillah, jumpa juga plastik ni.
Aku beli online daripada Ainz's Gallery - Cenderahati/Doorgift
Harganya RM9/100pcs. Affordable untuk aku.
Bagi b2b sekitar utara, aku cadangkan korang beli pastik kon ni di AtuZ Seberang Jaya.
Masa aku round-round last minute kat sana, ternampak plastik kon.
Murah pulak tu. RM6/100pcs.
Dua tempat ni je yang aku jumpa dengan harga yang affordable.
Yang lain, mahal dan tak berbaloi.
Marshmallow
Marshmallow ni aku beli yang jual timbang di Jusco.
Aku buat untuk 80 goodies saja. Jadi, tak perlu beli banyak.
Kalau korang nak buat banyak, belilah di kedai borong. Lebih jimat.
Tapi jangan lupa cek tanda 'halal' yer. :)


Tips a.k.a aku punya lesson learnt supaya marshmallow nampak cantik dalam plastik kon :
  1. Beli pelbagai bentuk marshmallow. Sekurang-kurangnya 3 atau 4 jenis. Barulah cantik bila tengok ada bentuk love, ada bentuk bunga, bentuk teddy bear dan lain-lain.
  2. Beli pelbagai saiz marshmallow. Tips ni sesuai untuk mengisi marshmallow dalam plastik kon. Kalau beli semua sama besar, nanti marshmallow tak muat masuk di bucu kon. Nampak kosong dan tak cantik. Pilih satu jenis marshmallow yang bersaiz kecil untuk diisikan di bucu kon.
  3. Supaya lebih menarik, sila beli marshmallow dalam perlbagai warna. Kalau boleh, setiap jenis marshmallow tu warna lain-lain. Baru cun nanti! :D
  4. Susunan marshmallow dalam plastik juga memainkan peranan penting. Untuk plastik kon, korang kena masukkan mengikut saiz. Mula-mula masukkan saiz yang paling kecil, kemudian diikuti yang sederhana dan yang paling besar.
  5. Tak perlu isi marshmallow sampai sendat dalam plastik. Biar ada ruang kosong sikit, supaya senang korang punjut-punjut dan ikat dawai nanti. Kalau banyak sangat, nanti marshmallow yang gebuss tu akan penyet nanti. Kan dah tak cun..hihi


Dawai & Ribbon
Dawai dan ribbon ni senang je nak cari. Boleh dapatkan dari mana-mana kedai.
Sebelum ikat dengan ribbon, lilitkan dengan dawai dulu supaya mudahkan kerja untuk proses ikat ribbon nanti.
Lepas dah settle dengan dawai, barulah ikat dengan ribbon kasik comel-comel. hiiiiii


Macam aku kata tadi, tak susah sangat kan?
Cuma lenguh pinggang sikit je :p
Kalau tak minat marshmallow, mungkin boleh isi dengan coklat, kacang atau biskut macam bawah ni.

Sumber : Ainz's Gallery

Selamat mencuba.

Jumpa lagi. :)







6 lovebirds:

  1. Ti ma kasih faezah bg idea ..cantik jgk..buatcmni eh..simple dan comey2..bebdk msti suka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sesuai sgt ngan kanak2..klu bg org dewasa maybe kurang sesuai :) - See more at: http://sfaezah.blogspot.com/2013/10/engagement-review-doorgift-marshmallow.html#comment-form

      Delete
  2. comelll..serius comel..tp saila xmkn marshmallow :( tp cute tauuu :D

    ReplyDelete
  3. waaaa, idea yang menarik.. cadangnya nti nak letak coklat juga dalam goodies.. tp tak tahu la rupa mna..hehe

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me