Beauty : DIY masker muka (Shaklee ESP + Nestle Plain Yoghurt)

Salam and hi uolls!

Masih mood raya haji ke? Atau dah masuk kerja semula?
Aku dah mula masuk kerja harini lepas selepas cuti 5 hari.
Harini jom kita cerita pasal girly thingy sikitt..hihi

Aku memang pengguna Shaklee yang setia.
Aku ambil Energizing Soy Protein a.k.a ESP yang famous tu dan beberapa jenis vitamin lagi.
One day masa blogwalking aku terjumpa resepi masker muka ni.
Macam best je. Senang pulak tu.
Tapi disebabkan asyik terlupa je nak beli yoghurt, baru sekarang aku berkesempatan try masker ni.

Jom tengok cara-cara nak DIY masker ni.

Bahan-bahannya semudah satu, dua, tiga je. :
  1. 2 sudu besar Energizing Soy Protein (ESP)
  2. 1 sudu besar plain yoghurt
  3. Sudu dan bekas yang sesuai


Langkah-langkahnya pon simple saja.
  1. Masukkan 1 sudu besar yoghurt ke dalam bekas.
  2. Masukkan 2 sudu besar ESP.
  3. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Dah siap. Sapu rata ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering.(15-20minit)
  5. Cuci dengan air bersih.

Sukatan yang aku berikan ni sesuai untuk seorang pakai je.
Kalau nak pakai sama-sama dengan hubby, housemates, atau kawan-kawan, sila lah gandakan sukatan yer. 
Walaupun dalam 20 minit mask tu dah kering, aku suka biar je lama-lama.
Lepas cuci, muka rasa best sangatttt.
Rasa lebih mulus dan gebu.
Cubalah!

Seriously worth trying!


Till Next Time,
xoxo




8 lovebirds:

  1. Syg lak nk guna yogurt.. Hihi walaupun sesudu.. Ayat kedekut dr si pminat tegar yogurt.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu syg yogurt, guna susu pon ok rasanya :)

      Delete
    2. saya pun sayang... rasa nak makan jer

      Delete
    3. hihi..yg lebih boleh la mkn hihi :p

      Delete
  2. Pas wat masker leh makn trus je ni.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aritu buat rasa2 skit..sedap gakni klu xbuat masker.hihi

      Delete

 

online shop

Followers

hello me