Engagement Review : Hantaran Bertunang

Salam all, :)

Dulu aku pernah cerita di sini, sini dan sini mengenai dilema buat hantaran,
perghh dilema la sgt :p
Nak cari bunga pon susah sebab aku kan bajet nak yang murah-murah aje.
Mahal sikit pon tamau.hikhik
Tapi dah selamat pun hantaran aku dibuat oleh in laws.
Semua siap sehari sebelum majlis. 
Alhamdulillah. Kalau tak, tido tak tutup mata la aku. :p

Pada mulanya, hantaran kami 5 berbalas 7.
Lepas bincang-bincang rasa macam sikit, up jadi 7 berbalas 9.
Tapi last minute jadi 7 berbalas 11.
Untunglaaa tunang aku. ;p

Okay, jom cuci mata tengok hantaran kitorang.
90% adalah makanan.hihihi

My Side


Dari mula beli bowl lagi, aku decide untuk beli buah anggur saja.
Sebab tak mau lari concept.Nak purple and pink jugak.
Ini aku beli sendirian berhad.


 Aku suka sangat cupcakes ni. My SIL yang buatkan.
She baked cupcakes and decorate with ready made fondant.


 Ini pon sponsored by my SIL. Tapi SIL yang lagi sorang.
Box untuk deco pon dia sponsor skali. :)


Ini aku beli dari ex-schoolmate. Dia ada buat online biz.
Sedap mini pretzel ni. Packaging pon kemas.
Kalau korang nak cuba, boleh lawat Arissa Pretzel.


Alkisah coklat. Mula-mula nak beli fererro rocher.
Tapi kakakku cakap belilah coklat lain.
Nak matching dengan theme colour punya pasal, beli Cadbury ni.
My sis sponsor. :)


 Kek ni aku order online. Sangat gamble dan tak pernah kenal owner online shop ni.
Aku sangat puas hati dengan cake yang kiut-miut ni. Se'cute' tukang pembuatnya.hihi
Aku cuma send gambar google beritahu nak kek macam tu. 
And yang sampai pon sejibik macam dalam gambar. happy.
Boleh lawat Elmo's Oven untuk tengok macam-macam design lagi.
FYI, delivery service juga disediakan.


 Pulut kuning ni requested from FMIL. Ikut adat Perak katanya.
Mak yang masakkan pulut ni dan SIL yang hiaskan.
Simple deco untuk box tu pulak disiapkan oleh my BFF masa aku tengah kalut mekap.


Ini je yang bukan makanan dalam hantaran aku. 
Anak buah yang sponsor. 
Harap-harap rajin ler Mr Fiance membacanya. :)


Ini pulak rendang ayam hasil air tangan mak untuk makan dengan pulut kuning.
Mulanya nak letak sekali dengan pulut tapi risau pulut kembang atau rendang sikit sangat untuk makan dengan pulut.
Jadi, SIL letak dalam bekas laen dan hiaskan simple macam ni.

All hantarans from my side. :)

His Side


 Aneka buah-buahan. 
Kejap je family aku licinkan..hehehe


 Banyak gila cheese tart ni tapi kejap je licin.
If not mistaken, his mum buat sendiri :)


 Telekung hadiah dari his mum.
FMIL beli masa pergi Bandung dulu.


 Semua orang excited tunggu masa nak potong.
Nak tengok apa yang ada didalam.
Rupanya buttercake!Grand sungguh designnya.
Macam tau-tau je aku ni hantu durian. huhu


 Nasib baik tak bagi Fererro Rocher gak kan.
Kalau tak, dah sama pulak..hihi


Sejadah yang si dia belikan. :)

All from his side. Thank you. :)

Alhamdulillah. Ramai yang sudi sponsor hantaran bertunang kami.
Yang best-best pula tu. Bersyukur sangat. :)

Till Next Entry,
xoxo

ps : maybe ada hantaran yang tak ada. aku cuma review yang ada gambar from OP saje. :)

19 lovebirds:

  1. kek durian dan mini prezel tu unik lah...yummy2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek durian tu deco dia yg unik..pretzel mmg yummy :)

      Delete
  2. Cantik2nya hntaran tunang..yg pling best coklat byk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak..sy pon seronok dpt byk ferrero rocher..hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. cantek sis..kemas kerja tgn si pembuat kek tu. :)

      Delete
  4. cantik sangat hantaran faezah..=)
    berbaloi banyak sangat dilemanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tp ade gak yg xpuas hati..tp boleh jd lesson learnt utk hantaran kawen nnt ^^

      Delete
  5. alhamdulillah,byk yg sponsor kan..dpt la berjimat cermat sikit..hehe :) tema purple tu serius sweet..saila x pernah minat dgn warna purple,tp sejak terbuat pelamin nikah warna purple, suka pulak dgn purple skrg ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kte skrg ! purple itu sweet..hehe

      Delete
  6. butter cake bentuk durian tu comeyy nyee geram tgk! mcm gebu je hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk cantek..tp actually dia royal icing..manis skit laa..hihih

      Delete
  7. dah lma x jenguk sini.. cntik n meriah hntaran akak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih yong..semua simple2 je :)

      Delete
  8. cantik dan simple ..tahniah S.Faezah..paling kak ana suka tengok kek durian tu unik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mak sedara tunang yg buatkan :)

      Delete
  9. meriahh sungguh hantaran =0 cantikk sgtt

    ReplyDelete
  10. yg design tu paling best..kalau bg durian as hantaran pun terima dgn gembira..hehe..fev giler durian..

    ReplyDelete
  11. Salam. Yang buat alas tu apa ye? Bantal ke? Nak tau gak..cantik sangat! berkenan la. Nak buat gakk...ekekkekekekek

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me