Engagement Review : Mini Pelamin DIY

Salam all lovelies,

Today jom kita review Mini Pelamin pula.
Aku pernah post entri pasal contoh-contoh mini pelamin yang aku suka.
Sejak dari tu memang berkobar-kobar semangat nak DIY.
Walaupun tau tangan ni tak kreatif mana.
Tapi degil nak buat jugak..wuwuwu

Aku ambil contoh mini pelamin di bawah ni untuk reference.
Tapi haruslah tak dapat jadi sebijik macam ni.
Bukan senang nak cari props untuk pelamin.
Nak sewa pula, amat tak berbaloi untuk pakai dalam masa 2 jam sahaja.
Pakai jelah apa yang ada.
Hentamlah labuu..


Mini Pelamin ni buah tangan dan buah fikiran satu family.
Anak buah yang muda-muda tolong panjat-panjat dan gantung-gantung.
Saya ada ramai anak buah sebaya sebab saya anak bongsu :)
Kakak yang ada baby dan tak boleh buat kerja duduk atas sofa bagi idea dan pendapat.
Yang tak ada anak kecil, tolong cucuk-cucukkan bunga.
Dengan props yang sangat limited, terhasillah Mini Pelamin DIY di bawah ini.



Stage Pelamin
Stage untuk pelamin aku sewa daripada bridal berdekatan rumah.
Ini je satu-satunya prop yang disewa sebab tak ada pilihan.
Nak DIY sendiri macam leceh nak cari kayu dan tukang kayu bagai.
Stage kena ambil sendiri dari bridal. Nasib baik abang aku pakai Exora.
Kalau tak ada MPV susah juga.
Saiz stage pelamin ni 3 x 4 kaki.
Harga sewaan : RM50


Bantal Light Pink & Purple
Bantal kecil-kecil ni dah ada di rumah.
Aku cuma beli kain pink dan purple di Kamdar.
Aku beli awal-awal supaya mak boleh buat relax-relax.
Sehari mak buat satu sarung.
Harga kain : RM20 untuk 4 meter (2 meter purple; 2 meter pink)



 Kain Putih Bulu untuk Stage
Kain bulu ni sangat famous dikalangan b2b.
Satu hari tu, aku jalan-jalan dalam Kamdar di Mesra Mall.
Tengok kain ni ada sale. Apa tunggu lagi, terus la sambar 3 meter.
Harga asal kain ni RM 25/meter.
After less, aku dapat RM17/meter.
Harga kain bulu : RM51 untuk 3 meter.



Hiasan Bunga Depan Stage
Bunga bahagian depan stage ni idea daripada kakak selepas tak berjaya cari pasu bunga yang sesuai.
Aku pergi AtuZ Seberang Jaya dan cari bunga yang paling murah dan paling besar.
Memang bajet betul..hihi
Aku beli span bunga yang warna hijau juga.
Span tu aku selit antara carpet coklat dan stage supaya tak nampak obvious.
Harga Bunga Rose : RM 30 untuk 10 jambak (RM3/jambak)
Daun Paku-pakis : RM7
Span Hijau : RM10 untuk 10 pieces (RM1/piece)
Total : RM47

Tirai Background
Tirai Pink, Purple & Cream ni anak buah aku yang pinjamkan. Dia baru selesai majlis 3 bulan lepas.
Kebetulan warna tema pon sama, bagai pucuk dicita ulam mendatang..hihihi
Harga Tirai Background : FOC



Bunga Rose Besar
3 kuntum bunga Rose putih dan 1 kuntum Rose purple tu pon anak buah pinjamkan.
Alhamdulillah.
Harga Bunga Rose Besar : FOC

 Bunga di sisi pelamin
Bunga dikiri dan kana pelamin ni warisan dari masa kakak aku kahwin.
Kitorang cuma tukar net bunga kepada kain warna krim supaya lebih matching.
Maka, jimat duit juga :)
Harga Bunga Di sisi Pelamin : FOC



Total Damage DIY Mini Pelamin
Sewa Stage :RM50
Sarung Bantal Pink & Purple :RM20
Kain Bulu Putih :RM51
Hiasan Depan Stage :RM47
___________________________
Grand Total : RM168
___________________________



Walaupun Mini Pelamin DIY ni simple saja, tapi aku sangat berpuas hati.
Kalau nak tempah mini pelamin dari bridal, paling murah yang aku jumpa RM450.
Tapi kurang berkenan pula.
Bila DIY sendiri, jimat berganda-ganda, hati pun puas.
Biar apa orang kata, janji sedap dimata kita. :)

Kepada b2b yang berhajat nak DIY Mini Pelamin, jangan ragu-ragu yer.
You can do it!
Actually we can do more than what we think.

Selamat men DIY Mini Pelamin anda :)

Till then, 
xoxo





23 lovebirds:

  1. btul tu..diy sendiri lagi jimat dari amik dekat bridal..kadang diorang quote harge murah, tapi kualiti tah ape2 jek..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu yna..shh nak cari butik yang btul2 berbaloi.

      Delete
  2. rajin nya dia buat mini pelamin sume ye..hehhe..
    cantik..

    ReplyDelete
  3. Salam dear,

    Kami ada buat giveaway

    http://gerobokadria.blogspot.com/2013/09/gerobok-adria-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA akan join..kena pk tagline yg mantop dulu. :)

      Delete
  4. nice dear...simple yet perfect~ love it

    ReplyDelete
  5. seriously tertarik dgn semangat akak buat DIY....moga menjadi sumber inspirasi buat dila 1 hari nnt andai tibe masanye hehheheheh btw nice sgt pelamin ni... ;)

    ReplyDelete
  6. sweet nye....
    already follow u. love ur blog!
    darihatibella.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sy dtg berkunjung k..tq dtg sini!^^

      Delete
  7. yunk...kain pelmin ada lgi dak...sudi jul tk??

    ReplyDelete
  8. Mini pelamin utk disewa
    All in hanya rm350.self collect di saujana impian,kajang
    Harga murah tp eksklusif
    Facebook: simplyrentbyeachother
    Call/whatsapp-0133981637/0172456995

    ReplyDelete
  9. Salam sis. KAin bulubulu tu ada lagi x?
    Sy area kl
    Emel sy
    ensiyahmuhammad@hotmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me