Small Garden, Kuantan.

Salam and hi all lovelies!

Hujung minggu yang lepas, si dia datang ke Kerteh.
Dia sekarang ni tengah On Job Training di Kuala Terengganu.
Selepas dia sampai, kami terus shoot ke Kuantan.
Saja nak jalan-jalan sambil cari barang untuk persiapan bertunang.

Kami berdua pusing-pusing kawasan sekitar East Coast Mall dan terjumpa Small Garden.
Small Garden ni menyedia barang-barang keperluan untuk hantaran dan perkahwinan.




Small Garden ni 2 tingkat.
Masa aku masuk tingkat bawah, kedai kosong je.
Tak banyak barang.
Dalam hati aku rasa 'Tak bestnya kedai ni. Papan tanda kedai je cantek.'
Aku rasa malas nak naik ke tingkat atas.
Tapi bila aku pikir, aku jarang datang sini, aku naiklah juga nak tengok apa yang ada.


Bila naik atas, aku tengok barang-barang dia banyak dan macam-macam ada.
Tak seperti yang aku fikirkan tadi.




Bagi aku, kedai ni ada banyak pilihan.
Barang-barang seperti bunga hiasan, bekas hantaran dan design-design di sini boleh dikatakan up-to-date juga.

Small Garden ada buat display hantaran.
Memang cantik-cantik. Harganya pon cantik :p
Dorang juga menjual display hantaran ni.
Aku cuma tengok-tengok hantaran dorang untuk cari idea nak DIY hantaran tunang nanti.




Lepas aku pusing-pusing, sempatlah aku sambar sikit barang untuk hantaran nanti.
Aku plan nak DIY bantal hantaran yang guna polisterin tu.
Aku beli bantal polisterin dan kertas pembalutnya.
Ingat nak beli bunga hiasan sekali.

Tapi bila assistant kedai tanya aku berapa bajet untuk buat hantaran ni?
Aku dengan tersipu-sipu malu, bagitau bajet aku RM2xx untuk bunga hiasan 9 hantaran.
Si assisstant tu pon balas, tak cukup RM2xx kalau nak buat 9 dulang. Selalu buat paling simple pon bajet RM5xx. Kalau grand, selalunya RM1xxx
Aku telan air liur dan senyum penuh makna sambil tengok si dia. haha




Lepas fikir-fikir, aku ambil keputusan tak nak beli lagi bunga hiasan lagi.
Over budget pon yer, tak pandai nak pilih bunga pon yer juga.
Jadi lebih baik aku balik beli di Penang saja dengan mak dan kakak aku.
Lagipon AtoZ (kedai jual barang pengantin yang quite famous diutara) dekat je dengan rumah.

Aku pon melangkah keluar dengan membeli bantal polisterin dan pembalutnya sahaja.

Kesimpulan untuk Small Garden : 
  • Banyak pilihan barang-barang.
  • Staff yang kreatif boleh buat macam-macam design hantaran.
  • Barang hiasan dan dulang hantaran yang up-to-date.
  • Harga agak mahal bagi B2B yg kedekut macam aku ni..hihi
  • Kalau korang ada bajet yang banyak, mesti heaven datang sini.

Peta dan Alamat Small Garden:


Small Garden Trading
21, 23, 25, 27, & 29 Malay Town,
Tingkat 1, Jalan Putra Square 2,
25200 Kuantan, Pahang
HP: 012-947 2229 (Ms. June)
Tel : 09-517 3052

ps :/
Ada satu benda yang berlegar-legar di kepala masa aku keluar kedai.
Betul ke bunga hantaran simple-simple pon sampai RM5xx?
Atau pon aku yang tak tau kos sebenar barang-barang kahwin ni?
Perlukah aku tinggikan bajet aku?huhu


15 lovebirds:

  1. Boleh dpt murah sya rasa kut..tp kna cri tmpt jual bnga yg betul2 murah la..kat ipoh ni..klu jln kuala kangsar ok jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makna nya kena byk survey lg la kan..
      nnt sy bgtau si dia pasal jln kuala kangsar sbb dia org ipoh :)

      Delete
  2. Mahalnya..yong pun b2b yg kedekut jga. kedai Rainbow kat Alor setar pun buat pakej dalam RM4++ ke atas. mmg mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalkann..rasa membazir sgt sbb beli bunga plastik je..
      lpas buat hntaran, kemunkinan beasr, dah xpakai dah..

      Delete
  3. East coast mall tu y baru keaa. Masa nina study kt gmbng 5taun dulu xd lg. Hihi
    Iyaaaa. Bunga hantara y simple2 pun mahaii. Nina ritu beratus jugak beli bunga saje. Huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ECM ni baru rasanya..sbb cantik lg..hihi
      ohh..yeke..camtu kena bincang balik nak kena up skit bajet untuk hantaran..hihi

      Delete
  4. anis tau kedai ni! mase duk kuantan dulu selalu pergi.. deco2 die sume cantik2.. kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..mmg cantek anis..rambang mata sangattt

      Delete
  5. kalau buat hantaran pakai bunge memang mahal..dah try tgk harga bunge tiruan sekitar ipoh mase nak tunang aritu..tapi mmg bleh cecah smpi rm500 la kalau nak amik bunge yang cantik2..takat yg biase2 jek tu ade yang murah tp kualiti tak cantik la..macam bunga hydrangea tu, tgk dekat vr star jln kuala kangsar sejambak saje dah rm49.00..dia naj bagi diskaun pun takat 10% jek..mahal bebenor, tak berbaloi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal nye yanaa..tu laa klu bunga yg murah mesti xcantek sgt..
      kena cmpur2 mahal n murah..klu semua bli mahal jenuh jugak kan :)

      Delete
  6. Kdai bru ke small garden ni?time ifnir nk buat preparation tahun lepas ntuk bertunang, xde prasan plak kdai ni..btw, bunga tipu yg elok mmg lgi mahal hrga nya sbb kualiti and dlm gmbr nti bunga tu nmpk mcm fresh ckit..ifnir guna bunga foam tunang hritu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm xbaru sgt..ifnir org kuantan ke?
      masa aritu salesgirl tunjuk demo guna foam flower laa..cantekk tp hrga dia over budget..hihi
      mesti cntek hntaran awak pakai foam flower ;)

      Delete
    2. Ifnir bljr kt kuantn dulu..ecm tu tmpt fav release tension tgk wayang.hihi..hntrn simple je.alhamdulillah..puas ati laupun penat.hehe

      Delete
  7. salam...

    hantaran untuk 9 dulang xda la rasanya sampai 500... hantaran kawin saya sendiri pun untuk 11 dulang dalam 300 je.. tapi d.i.y la... mungkin disitu jimatnya but it totally satisfied... bunga untuk hantaran saya beli kat romantika (superb quality and color) and bantal hantaran serta barang2 lain saya beli kat A to Z (kena ada member card then the price will be superb murah)... so kena pandai2 bajet.. so xda la over limit ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..sy rasa maybe dia quote utk brg2 plus upah..tu yg jd mahal..sbb rasa mahal..sy xtny pon org kedai ape ada lam 500 tu..last2, sy buat sendiri je :)

      Delete

 

online shop

Followers

hello me