Bunga Hantaran Pink & Purple

Salam hari minggu semua,

Akhirnyaaa, lepas puas berfikir-fikir aku beli jugak bunga untuk hantaran..teehehehe.
Entri aku sebelum-sebelum ni pon asyik cerita pasal bunga je.
Almaklum la..orang terkejut tau harga bunga mahal..
Lepas meredah Pasaraya Cowboy dan Small Garden, aku berjaya merembat bunga-bunga kat bawah ni.
Alhamdulillah. Semuanya masih dalam budget.




Bunga rose warna pink dan bunga 'taktau nama' warna putih aku beli di Pasaraya Cowboy.
Pink Rose tu sejambak ada 8 kuntum bunga. Sejambak harga RM9.95. Mahal ke murah ek?
Yang putih tu pulak kalau tak silap harganya RM5.95. Sejambak ada 5 kuntum bunga.


Disebabkan tak jumpa bunga warna purple yang kecik-kecik, aku pon pergi Small Garden lagi.
Bunga Lavender dan Bunga Warna Dark Purple tu aku beli dari sana.
Bunga Lavender RM4.95 sejambak, yang dark purple RM3.95 sejambak.
Actually aku tak plan nak beli yang dark purple ni.
Tapi sebab geram sangat tengok kecomelan dia, aku beli jugak.
Bila sampai rumah,  aku rasa macam terlebih beli bunga pulak.hihi




Ni polisterin yang aku beli haritu
Dah siap balut dah.
Disebelah bawah aku lapik dengan pelapik kek supaya polisterin kukuh.
Position polisterin dalam gambar di atas ni terbalik k.

Aku tak bercadang nak guna dulang hantaran.
Lepas ni nak tambah satu lagi polisterin bulat sebagai tapak.
So, polisterin jadi tinggi sikit dan nampak macam atas dulang.
Hopefully jadi macam yang dalam kepala aku ni.




Aku guna ribbon sebagai hiasan tepi polisterin.
Kalau boleh nak as simple as possible.
Takmau glam dan over liplapliplap.

Tips aku kepada yang nak DIY hantaran sendiri, cuba pilih background polisterin atau alas dulang yang berwarna natural seperti krim, grey, beige dan champagne.
Untuk bunga, bolehlah pilih warna tema majlis korang.
Baru senang sikit nak cari bunga.
Macam aku, dah terbeli kertas warna purple, susah sikit nak cari bunga yang matching.

Itu saja dari aku harini.
Kepada yang belum pernah pergi Pasaraya Cowboy, dibawah ni ada alamatnya.
Alamat Small Garden boleh tengok di sini.

Super Cowboy Enterprise Sdn. Bhd.
B342-B354, Jalan Wong Ah Jang,
25100 Kuantan, Pahang.
09-5141598

bye!

6 lovebirds:

  1. wah nice color. macam tak sabar je nak tengok hasilnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sy share pic hantaran masa tunang haritu :)

      Delete
  2. Pasaraya cowboy..tmpt kegemaran sya tu...kira murah jugak kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah2..bila balik png tgk dorg jual hrga bunga tu 2 x ganda :)

      Delete
  3. wow...purple tu...cantik-cantik...tak sabar nak tengok bila dah siap sekali letak dengan hantaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ad pic hantaran nye..nnt sy share :)

      Delete

 

online shop

Followers

hello me