Makan-makan : Sushi Zanmai, The Gardens Mall


Salam Jumaat kawan-kawan,

Haritu baru je aku cerita pasal Diet Atkins.
Kata Diet Atkis, tapi makan sushi pulak.hehe
Jangan keliru yer dengan entry ni.

Sebenarnya, aku meneman si dia yang dah lama tak makan sushi katanya.
Sebab kesian punya pasal.huhuhu
Nak cakap tak nak pergi, tak sampai hati.

Maka, terkorbanlah diet aku pada haritu.
Tapi anggap jelah cheat day untuk aku selepas turun 2 kg.
*nampak sangat lah tak penyabornye menahan nafsu makan*



Kitorang dua orang memang hantu sushi.
Kalau turun KL, mesti nak cari sushi dulu.
Sebelum ni selalu makan dekat Ichiban Boshi.
Kali ni, kitorang nak try Sushi Zanmai pulak.

Masa sampai tu dinner time.
Memang full house. 
Terpaksa que dalam 15 minit macam tu.




Akhirnya sampai jugak turn kitorang.
Gambar di atas ni tisu basah.
Aku tak ingat dah panggil apa dalam Nihonggo.
Restaurant Jepun memang akan provide to customer.

Korang tak perlu tercari-cari sinki nak basuh tangan kat mana.
Lap saja tangan dengan tisu ni sebelum makan.
Tangan pon kotor takat sikit-sikit saja.
Tak belemoih (baca: comot) pon macam makan nasi.huhu

Lepas tu bolehlah mula bersantap.


Air semestinya kena order Green Tea.
Mana ada feeling makan sushi kalau order Hot Chocolate meh. 
Boleh pilih nak panas atau sejuk. Aku pilih sejuk.
Segelas ni cuma RM1 je.
Boleh minta refill sampai kembung. kikiki



Untuk Main Dish, aku pilih Spicy Ramen.
Teringin nak makan Ramen sebab dulu masa kat Jepun tak boleh makan.
Bila dah makan, rasanya biasa-biasa je.
Macam Maggi makan kuah Mee Bandung. hahaha
Si Dia gelak je. Order sushi pon lagi bagus katanya.

Harga: RM10.80 (saiz S)

*Peringatan:
Kalau korang pergi jalan-jalan ke Jepun, jangan makan Ramen yer.
Pandangan mata kasar, memang nampak boleh makan.
Tapi ingredients untuk buat mee Ramen tu ada bab*!
Hati-hati yer!
Kalau udon, boleh makan. :)


Ini pula sushi yang Si Dia order.
Aburi Salmon ni memang favourite.
Salmon nya macam half-cooked gitu.
Yang masak cuma part atas.
Kalau fully-cooked tak best nanti.

Yang lagi dua tu, Kani (baca: ketam) Salad danTuna Salad.
Untuk sushi jenis salad, dia macam a mixture of bahan utama (kani/tuna) dan bahan lain seperti timun dan jagung yang di potong kecik-kecik.
Kemudian gaul dengan mayonis. 
Sedap. :)

Tips:
Walaupun ada sushi ready-made yang pusing-pusing tu, kitorang prefer untuk order baru.
Lagi fresh. Kalau yang di masak tu still panas-panas lagi.
Baru berselera nak makan. 


Ini pula aku ambil sushi ready-made sementara menunggu Ramen siap.
Atas tu cuma Yaki Tamago (baca: telur gulung) dan Mentaiko Sauce.

Harga: RM1.80 (sepinggan)

Mentaiko Sauce ni diperbuat daripada mayonis dan telur ikan.
Sejenis sos yang selalu digunakan untuk sushi dan spaghetti.
Aku pon tak pandai nak terang in detail macam mana Mentaiko Sauce ni.
Gambarnya kalau di supermarket macam dibawah ni.




Okeyh, ini pula Unagi Roll. Unagi tu belut.
Walaupun ramai yang buat muka tak lalu makan bila bagitau ni belut, percayalah sushi ni amat sedap.
Belut rasa macam ikan-ikan biasa je.
Untuk Unagi Roll ni, intinya adalah Unagi dan Avocado.
Pastu disalut Mentaiko (baca: telur ikan) berwarna oren tu di luar.

Harga: RM13.80 (6 ketul)


Oh! Ini pon dengan Mentaiko lagi.
Nampak sangat aku peminat mati keras Mentaiko.
Kalau korang pergi Sushi Zanmai, silalah order yang ni.
2 ketul ni memang tak cukup. T.T

Harga: RM6.80 (2 ketul)


Sushi ni pula comel-comel je.
Inti dia daripada salmon yang dihancurkan dan digaul dengan mayonis.
Aku dah kenyang masa ni, si dia yang habiskan semuanya.
Harga tak ingat.huhu



Ini rujukan harga sushi di sini. 
Tak semua yang mahal.
Ada juga yang murah-murah. :)



Pesan aku kalau nak makan di sini, sila gigih beratur yer.
Masa kitorang keluar, line lagi panjang.
Kalau lapar macam nak pengsan, jangan makan sini k!


Sebelum tamatkan entri, kita belanja gambar tuan tanah dan partnernya sekeping! hehee


Ok, Babai. :)


 ps:/
Lepas makan sushi, esok tu kitorang pergi makan Dip n Dip pulak.
Dah bape hari tak berani naik penimbang.
Jom diet balik.kihkihkih









35 lovebirds:

  1. Cepat update Dip n Dip...hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..iA..kena korek gambar2 dulu :)

      Delete
  2. hahahaha.... ini dah tak dipanggil cheat day dah...tak tau nak panggil gapo dia....

    weih, kat malaysia ne camna nak tau dia halal ke tak? sbb kebanyakannya tak ada pun cert halal....
    dulu2 makan juga - tapi semenjak berkesadaran "halalan taiyiban" di tambah pula batu api kawan2 yang membuatkan rasa was2, terus tak makan dah... huhuhuhu....

    advice sket pls./.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,,bkn cheat ke ni huda..hehehe

      kedai sushi kat malaysia ni actually mmg xde tanda halal. even sushi king yg ramai org melayu makan tu pon xde halal. sebab they serve sake and beer. satu lagi yg sllu menjadi keraguan, makanan yg dia masak contain mirin. macam faezah, sllu makan yang yakin xde contain alkohol/mirin. sbb tu sllu mkn sushi2 je. :)

      Delete
    2. Sushi king skrg procedur baru dia xde jual beer and makanan mmg xde contain mirin or sake

      Delete
    3. Sis boleh share sikit makanan dia yg macam mana tak contain mirin??

      Delete
    4. Sushi Zanmai tak halal sebab some food contaibs mirin ie alcohol. Leceh pulak kena tanya yg mana ada mirin so kalau boleh elakkan mkn di situ.

      Delete
  3. kana pon nampak mcm kna diet atkin jugak la..hahahahah
    lariiii sbelum kna hempuk ...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah,,kitorng mmg da kembang kak immm..hahaha

      Delete
  4. wahhh shushii... tapi mak dara tak reti makan shushi.. masa ke jepun beberapa thn yg lepas pun mak bawak makanan dalam tin jenama chef wan hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD..ruginyaaaa T.T
      sushi kat jepun lagi fresh n yummy.. :)

      Delete
  5. Warrghhh!! dap2nyer kakk...rose pown da peminat mati keras gn sushi nie...kwn la nie yg ajk ritu g Sushi King kan da terjebak sama...hahaha =D

    ReplyDelete
  6. nampak sushi macam sedap...akak suka tengok sebab comel-comel je semua...tapi idok la mampu ditelan...tekak orang kampung hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..kak wawa try yg masak punya..bkn yg mentah..mesti boleh go punya!^^

      Delete
  7. nampak cm sedap..
    Selalu beli dkt jusco je singgit satu..hihi..
    Yg fresh lg sedap ek..
    Nak juga try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbeza rasa dia..MH kena try ni tau :)

      Delete
  8. aaa sedapnya sushiiii. dah lama tak makan. akak suka salmon eh? banyak sushi salmon je ni~ hehehe

    ReplyDelete
  9. menggoda jiwa betol la sushi2 tu ..nak2 lak unagi roll tuh..kiut jer... hubby zura tk mkn sushi, susah la nk dpt mkn kt restoren proper cmnih..zura cuma beli yg dh siap pack kt jusco jer... huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..nk best kena ada geng sekepala..ajak kwn2 opis ke..hehehe

      Delete
  10. Hohohohoho.. kamu tu telah merembeskan air liur akk apabila melihat sushi zanmai ini.. huarghhhhhhhh sangat rindu sama sushi zanmai.. skrg nak pergi makan dah tak ada orang nak teman .. pak incik tak berapa suka sushi.. #sambiltaipsambillapairliur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihik..jgn terliur yer kak..jom sy temannn..huhuhu

      Delete
  11. Wahhh.. terliur tgk zanmai sushi ni...
    One day harus try gak. Slalu g sushi king je.. da naik muak..and sampai x tau nk amik yg mana.. semua samaa je. Tp tu la..mkn yg fresh mmg berganda2 lg sedap dari kt jusco etc tu. Simpan angan2 nk g jepun sbb nk mkn sushi.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss n, skali sekala cuba la yg frsh k..nnt mesti beza nya.. :)

      Delete
  12. Reward utk diri sendiri cik Faezah pas berjaya kurangkan 2kg.. Fikirlah gitu.. Hik3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik..nk sedapkan hati pikir gitulahhh :P

      Delete
  13. waaa... ina pun suka shusi. tapi shusi tesco je... hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jom la try sushi ni ina :)

      Delete

 

online shop

Followers

hello me