Peristiwa berdarah manis

Hi dearies.

Banyak nak cerita pasal kawen actually.
The progress, online survey and etc.
But, lately many bad things happen to me.
Adakah ini sebab berdarah manis?
Aku pon tak tau...

Ceritanya macam ni...
Kereta aku dah lama tak bercuci.
Sekarang pon musim hujan di pantai timur.
Memang terbantut je setiap kali plan nak cuci kereta.
Kereta sampai berdebu boleh buat papan hitam dah.
So on one sunny day, I decided to go for a car wash after work.
The car wash is just 5 minute-drive from my house.
Tak sampai 1 km pon.



Lepas dah siap cuci kereta, aku terus balik rumah.
Takde nak singgah ke mana dan penat baru balik kerja masa tu.
Tiba-tiba, aku ternampak air freshener yang aku gantung di cermin pandang belakang macam tak kemas kedudukannya.

Aku pon adjust air freshener tu sambil tangan kanan pegang stereng.
Aku rasa aku pegang-pegang air freshener tu dalam beberapa saat je.
Tapi tanpa aku sedari, kereta aku dah senget ke kiri.
Kereta aku sikit je lagi nak merempuh penghadang di sebelah kiri jalan.

Aku cuba balas balik pusing stereng ke kanan nak naik ke atas jalan semula.
Aku berjaya tak merempuh tapi penghadang jalan tu bergesel dengan body kereta sebelah kiri.
Luckily I was safe and luckily kereta belakang jauh lagi dari aku.
Masa tu, aku rasa seram sejuk sangat bila terfikir macam mana kalau aku terlambat tengok depan.
Mesti aku dah rempuh habis dah.
Nauzubilah.

Gambar si putih terluka bergesel penghadang jalan. :)

Satu lagi cerita pula berlaku beberapa hari selepas kejadian di atas.
Aku pergi McD Drive Thru. Masa tu hujan lebat.
Ramai orang nak drive thru juga haritu dan semua kereta rapat-rapat.
Disebabkan cuai, aku terlajak jalan dan terlanggar bumper kereta depan pulak. T.T
Masa tu rasa dalam hati, 'Ya Allah..Apa aku buat lagi ni...'

Brother kereta depan jenguk kepala ke luar bagitau suruh tunggu depan lepas settle drive thru.
Kereta dia takde calar apa-apa.
Cuma dia kata mungkin skru bumper kereta patah di dalam.
Dia bagi number handphone dia dan minta aku miss call sebab dia tak bawa handphone.
Dia cakap nak pergi check dulu di bengkel.
If anything dia akan call. Kalau dia tak call maksudnya takde apa-apa.
 So far, dia takde call. Harap-harap everything is fine.

Sebelum ni aku sangat berhati-hati bawa kereta.
Taktaulah sekarang ni kenapa cuai sangat. 
Aku tau aku tak patut buat macam aku dah buat tu.
Semua kecuaian tu aku tak patut buat.
Sekarang aku dah takut nak drive jauh-jauh.

After all, aku bersyukur pada Allah aku masih selamat.
Allah masih sayangkan aku dan berikan peluang untuk terus bernafas.
Korang kat luar sana berhati-hati yer.
Walaupun jalan tu kita lalu setiap hari, jangan ambil mudah.
Malang tak berbau dan tak dapat diduga.
Tapi kecuaian tu boleh dielakkan.

Hati-hati di jalan raya. Sayangi keluarga anda. :)




20 lovebirds:

  1. fuhh bahaya tu.. nasib baik xde pape.. hati2 tau dear.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..alhamdulillah selamat..tq anne :)

      Delete
  2. Ya Allah.. Nasib baik takde pape yang teruk berlaku.. Semoga kita semua dilindungi dari segala bahaya.. Amin..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..sy pon lebih berhati2 lepas kejadian tu :)

      Delete
  3. Assalam.. Sama2lah kita sentiasa berdoa agar dilindungi Allah swt setiap masa.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. Jangan pikir bukan2 ye..setiap yang berlaku pasti ada hikmah nye..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA yana..taknak pikir bkn2..ni sbb kecuaian sndiri..kena extra careful lpas ni :)

      Delete
  5. Pnah jgk jd cmni! Seram sejuk okey~~ tp bkn nk langgar divider..but nk langgar kete belah kiri..sib baek cpt tgk dpn..klu x xtau la jd ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btulll..seram sejuk sgt rasa..alhamdulillah awak pon xde ape2 :)

      Delete
  6. Berhati2 kn lebih sikit ni masa darah manis ni...

    ReplyDelete
  7. nasib baik awak xd apa2. ingat tahun lepas punya cerita, kawan nina sebelah tgn pegang stereng, sebelah lagi dia nak letak air yg dia minum dekat tmpt letak air, xsmpai satu saat pun, bummm langgar keta depan, nina ada kt tepi, pantas sungguh masa berlalu. sama2lah kita berhati2 yea. cian cik putih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah takut dgr cerita nina..tp semuanya selamat kan..
      lpas jd mcm ni mmg xbrani dah tengok ke lain..tengok dpn je :)

      Delete
  8. ya Allah yunk.. kdg2 terleka kejap je jadi nahas kan.. moga awak di lindungi Allah..darah manis juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu jijah..sama kita berhati2 lpas ni :)

      Delete
  9. oh,pity u..but luckily selamat..Alhamdulillah:)

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me