Honeymoon Day 2: Warner Bros Movie World, Gold Coast


Hi kawan-kawan,

          Dah hampir 3 bulan pergi honeymoon, baru gigih nak buat entri. Nak cerita apa pon tak tau ni. Sebab otak dah berkarat. Naik bas number berapa, berapa duit tambang bas pon dah tak ingat. hehe. Kita cuci mata dengan tengok gambar je lah k. Kepada yang belum baca cerita di hari pertama, boleh klik sini.

Warner Bros Movie World. Enterprem. Jangan mara naa..Nanti kena jual. :p 

          Untuk hari kedua, kami melawat Warner Bros Movie World yang terletak dalam 20 minit perjalanan dari Surfers Paradise. 20 minutes by bus yer. Since aku dah tak ingat nombor bus dan tambangnya, sesiapa yang nak tau bolehlah check guna aplikasi 'Translink'. Sangat mudah. Kalau nak ke Queensland, korang download siap-siap. Nanti tak payah susah-susah nak check schedule bus. Cuma masukkan nama stesen bas yang korang naik, dan nama stesen bas yang nak turun nanti. Pilih je nak naik yang pukul berapa. Apps ni akan calculate pukul berapa akan sampai lengkap dengan tambang sekali. Very convenient! Janji ada tenet. hihik

Inilah logo Translink. Apps dia pon pakai logo ni.

         Ok, Movie World merupakan salah satu theme park yang ada di Gold Coast. Sapa yang suka main-main roller coaster dan sepupu-sepapatnya sangatlah digalakkan datang ke sini. Tak over kalau aku katakan must visit. Sebab memang best. Bagi aku yang suka naik roller-coaster ni.hehe.
     
          Aku sampai ke sini dalam lebih kurang pukul 10 pagi. Masa tu Movie World baru nak buka. Tak ramai orang lagi. Aku tunjukkan e-ticket yang aku beli online untuk tukar kepada pass masuk. Actually aku beli 3 Park VIP Passes yang bernilai AUD99.99 di Myfun.com. VIP Pass ni boleh guna untuk masuk ke Movie World, Sea World & Wet'n'Wild. Pass yang aku dapat di Movie World ni nanti kena simpan untuk masuk ke dua lagi theme park. Masa nak buat pass ni, pakai la comey-comey sikit. Sebab dia nak ambil gambar korang. hehe

Ni lah rupa pass masuknya. 

          Movie World ni takdelah terlalu besar. Dalam pukul 2 petang, kami dah settle main semua rides dan dah puas bergambar juga. Nak naik rides di Movie World ni tak payah beratur panjang-panjang macam di USJ atau pon beratur nak beli Nasik Kandaq Beratoq. Kejap je dah boleh naik. Aku tak pastilah memang macam tu atau pon hari aku yang pergi je macam tu. Tapi kitorang pergi masa hari hujung minggu tau. So, korang takyah allocate masa lama-lama di sini. Dalam setengah hari pon dah cukup. Movie World ni tutup pukul 5 petang.

Map Movie World

Jom kita jalan-jalan.

Laluan masuk utama. Tak berapa ramai lagi sebab masih awal.
Batwing Spaceshot. First ride yang kami naik. Adrenalin rushh!!
Seterusnya kami naik Green Lantern. Yang ni best.
Rail roller coaster Green Lantern kat belakang tu.
Suka building dalam ni.
Scooby Doo Spooky Coaster. Ni pon best. Naik rides dalam building dan gelap. Tu yang thrill and fun!
4D movies. Syok sebab effect movie. Siap kerusi gerak-gerak dan ada percik-percik air. huhuhu
Wild West Fall Adventures Ride. Sila pakai poncho supaya tak basah kuyup.
Depan Lethal Weapon. Arkham Asylum. Ni roller coaster paling hardcore skali. Lepas turun, rasa terhuyung-hayang. 
Nilah rail nya. Tengok pon dah pening. huhu (credit: google)

         Dah penat main, kitorang stop untuk lunch. Ada restoran dalam ni. Tapi kami dah bawa bekal siap-siap. Cuak gak ingat tak lepas bawak masuk. Sekali lepas je dengan mudahnya. Kami lepak makan atas padang rumput kat tengah-tengah Movie World. Ramai juga locals yang picnic dengan makanan sendiri. So, kitorang pon relax jelah bawak bekal naik keluar. Perut melayu maaa..Mana tahan kalau tak dapat nasik sehari. ehehehe

Bersih. Rasa nak golek-golek atas ni. hehe

         Then kitorang sambung tengok show New Holly Stunt Driver. Not bad! Stylo tengok dorang buat stunt.

Hollywood Stunt Show

The only ride yang tak dapat naik. Under construction. Kuciwaaa.
         

Sambung jalan-jalan lagi last round sebelum nak balik. Layanzzz la ek gambar weolls.

Tuan tanah. 
Sini ada musalla untuk Muslim. Dekat area exit Scooby Doo Spooky Coaster.
Me & Superheroes (Husband, u are included! :p)
Oldies~
Red Indian
Cactus
Mahal okeyh kalau convert ke RM!
Jumpa benda ni dalam toilet. Cool! Lip gloss pon ada jual.
Bugs Bunny. What's up doc?!
Apa nama kartun ni ek? Coyoye Ugly ke hah?!
Tak puas hati sebab dia sempat selfie dengan Batman. I am soo jealous. Kite yang beli monopod tu tau! huahuahua
Theme Parks untuk kanak-kanak. Memang layan ambil gambar kat sini.
Jangan tendang saya!
Teringat KFC Hour masa kecik-kecik dulu


Gambar wajib sebelum balik.

           Overall, memang best. Must visit kalau datang Gold Coast. Dekat sini macam ada 2 bahagian. Satu theme park untuk adults dan satu lagi special untuk kanak-kanak. Korang puas hati, anak korang lagilaa seronok. So, don't exclude this theme park in your itinerary! :D

Oklah, see uolls in next entry. Bubyeeeee~~~ XOXO

6 lovebirds:

  1. wahh bestnyaaa! syok kan honeymoon...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu kata honeymoon, mestila syok jiejah!hehehe

      Delete
  2. Waaaa.. Bestnya dpt hnymoon kt tmpt orng.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu honeymoon, kat mana2 pon best mimie :P

      Delete
  3. Bestnya honeymoon.. sampai ke gold coast. hehehe.. Selamat berbulan madu yang! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah ni bie..baru nk up entri..hehe

      Delete

 

online shop

Followers

hello me