Pantas sungguh Ramadhan berlalu.
Rasa macam baru je liat-liat nak bangun sahur.
Rasa macam baru je dok pikir nak makan apa masa berbuka.
Sedar-sedar Ramadhan dah di penghujung dan Syawal pon menjelma.
Tahun ni mungkin lain sikit dari tahun yang lepas-lepas.
Sebab tahun pertama berpuasa dan beraya bersama suami.
Walaupun tak dapat sambut 1 Ramadhan, sempatlah kitorang puasa 3 minggu sama-sama.
Dia ke offshore masa 1st week puasa.
Sadis jugak masa tu. Sebab family pon jauh. Rasa touching tu lebih sikit. hehehe..
Persiapan raya pon ala kadar jer. Sangat sederhana berbanding tahun lepas.
Kalau tahun lepas, memang excited nak cari baju raya.Tapi tahun ni last minute je shopping.
Rembat je mana yang berkenan depan mata. Dah takde dah tawaf 10 kali baru nak beli baju. hehehe..
Tudung raya pon recycle tudung masa bertunang dulu.Tak sempat nak cari tudung yang matching.
Cuma tahun ni spend duit lebih sikit untuk kuih raya sebab dah ada 2 family.
Untuk Hari Raya pula, raya pertama aku sambut di Ipoh, kampung sebelah suami.
Ni kali kedua aku beraya jauh dari family. Kali pertama dulu masa 1st year study.
Aku tak dapat balik sebab Hari Raya tak jatuh masa cuti semester.
Tahun-tahun yang seterusnya kebetulan Hari Raya jatuh masa cuti semester, memang aku berusaha nak balik raya.
Sanggup saving nak beli tiket semata-mata nak raya dengan keluarga. Kenangan sungguh semua tu.
Bila berjauhan dengan family ni, rasa sayu ada, tapi rasa gembira pon ada.
Sayu sebab teringat family. Tambahan pulak, semua ahli keluarga ada kecuali aku.
Memang jealous tengok gambar Hari Raya dorang. huhuhu..
Tapi disebalik tu, aku gembira juga beraya dengan family mertua.
Dapat pengalaman raya baru. Baru tau macam mana family orang lain beraya.
Dapat balik kampung. Interesting sebab aku tak pernah merasa balik kampung di Hari Raya.
Rumah parents aku tulah, tempat kami anak-beranak berkumpul.
So,overall it's not that bad tak dapat beraya bersama family. :)
Ok, cukuplah cerita Hari Raya dari aku.
Untuk pembaca dan pengunjung blog, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.
Maaf kalau ada terkasar bahasa dalam menulis entri, terbuat korang meluat ke bila baca entri aku yang syok sendiri, terbuat korang terasa hati dengan komen aku ke, atau pon terlupa reply komen korang ke..
Aku cuma manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan.
Di bulan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. :)
Ikhlas kata dari aku & suami,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin."
sala lebaran :)
ReplyDeletesalam aidilfitri inani :)
ReplyDeleteselamat hari raya faezah..
ReplyDeletelama kite tak bersua dkt blogkan...
salam aidilfitri azie..tulahhh..haritu berehat menulis kejap..pasni nak aktif balik..hehehe
Deleteslm aidilfitri..best kan bila rse pengalaman beraya dgn keluarga mertua pula :)
ReplyDeletesalam aidilfitri eirza..seronok sbb cara yg berbeza :)
DeleteSelamat hari raya Fae.. Maaf zahir batin.. Lama tak singgah sini.. Huhu..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Salam aidilfitri faezah,,rndu nak bca blog ni,,bru naik cuti,,hihi ni cuti sbb sakit ni,,sakit mata ,,huhu sabo jela...
ReplyDelete