Hi dearies!
Jom! Harini kita sambung cerita hari pertama aku di Gold Coast, Australia.
Kepada yang belum baca entri sebelum ni, boleh klik
sini.
Lokasi kitorang pada hari pertama ialah
Currumbin Wildlife Sanctuary. Kat dalam ni korang dapat tengok haiwan-haiwan yang memang menjadi trademark negara Australia seperti kangaroo, koala, wallaby dan lain-lain lagi. Selain tu, ada juga animal show yang korang boleh enjoy dalam ni seperti bird show, alligator show dan lain-lain. Tempat ni lebih kurang macam zoo lah kiranya uolls. More to nature.
So berbalik ke ceritanya, sesampai je di Coolangata Airport dan settle urusan baggage & kastam dan urusan pembelian sim card Optus dan Go Card untuk public transport, aku dan si dia pergi membersihkan diri dulu sebelum meneruskan agenda ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Kitorang memang plan nak ke sana sebelum ke Surfers Paradise sebab Currumbin Wildlife Sanctuary ni dalam perjalanan nak ke Surfers Paradise (lokasi hotel penginapan kami). Tak payah nak patah-patah balik kalau datang hari lain dari Surfers Paradise. Makanya, dengan setakat gosok gigi dan membersihkan diri lebih kurang, aku dan si dia pon bertolak ke sana. Redha je lah kalau ada bau terlebih kuranggg..oppsss! *icon monyet tutup mulut*
|
Husband dok kalut nak activate simcard Optus. :p |
Kitorang pilih untuk naik public transport ke sana. Currumbin Wildlife Sanctuary ni dekat je dengan airport. Dalam 10 ke 15 minit je kalau naik bas. Kalau korang sewa kereta sendiri, mesti lagi cepat sampai. Plan asalnya kitorang nak menyewa kereta juga, tapi dek kalut urusan kenduri semua, sampai terlupa nak booking. Harga melambung tinggi sebab booking last minute.
Lepas buat kira-kira dan rasa macam kurang mampu je, aku dan si dia study sikit-sikit pasal public transport di Gold Coast. Finally, kitorang decide tak nak sewa kereta. Naik public transport je.Transportation system kat sini sangat tip top. Always punctual. Kalau setakat jalan berdua dan takde budak-budak, naik public transport pon okay sangat dah. And korang dapat jimat banyak duit untuk shopping nanti! Point penting di situ.Take note k! hehehe
|
Timetable bus. Sangat punctual. Trust me! |
|
Bus dorang sangat kemas dan convenient. Abaikan muka comot tak mekap langsung..huhuhu |
Kalau nak ke Currumbin Wildlife Sanctuary dari Coolangatta Airport by bus, korang boleh ambil bas number 705 atau 777. Stop di bus stop 'Currumbin Wildlife Sanctuary'. Jalan kaki dalam 100meter, sampailah ke destinasi. Boleh terus ke ticket counter & entrance.
Harga asal tiket masuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary ni AUD49 untuk seorang dewasa. Korang boleh beli online di website
Currumbin Wildlife Sanctuary.Tapiiii..korang boleh dengan lebih murah di
MyFun. Entrance ticket di sini cuma AUD33 per adult. Cuma perlu print out e-ticket tu dan tunjukkan ke kaunter. Jangan lupa pulak..Nayaa kalau lupa..huhuhu..Oh ye, sebelum beli tiket, korang cubalah ushar Groupon Australia dulu. Husband ada terjumpa promo entrance fee sini jadi AUD25++ je (exact value tak ingat)..Tapi takde rezeki kitorang sebab dah beli dah..Tapi mana tau ada rezeki korang.. :D
|
Entrance Currumbin Wildlife Sanctuary |
|
Dorang akan copkan tangan korang untuk admission. |
|
Ready to explore!! heee |
|
koala keja tido jeeee...hahah |
Bila datang sini, make sure alert tentang shows yang ada supaya tak miss show yang menarik. Sambil tu bolehlah plan nak jalan ke bahagian mana dulu. Kalau tak plan betul-betul, penatlah juga nak ke sana ke mari. Sanctuary ni agak besar jugak. Aku sempat enjoy 3 shows yang ada. Bird Show, Sheep Shearing Show dan Crocodile Behaviours Show. Memang fun dan staff di sini memang pandai entertain. Kalau bawak budak-budak memang best. Kalau ada chance cuba arrange supaya sempat untuk Lorikeet Feeding. Ramai cakap best. Tapi aku tak sempat pulak..huhu
|
Available show. Plan your time well. |
|
Acara selingan sebelum Sheep Shearing Show. Cool gila budak pompuan ni. Volunteer nak pengang ular. huhu |
|
Air Asia Bird Show. |
|
Sheep Shearing Show. Recommended. |
Lepas dah penat jalan, kitorang pergi tengok kangaroo pulak. First time datang Aussie, belom pernah pegang kangaroo. Tu yang excited sangat. Kangaroo di sini di biarkan bebas kat kawasan yang luas. Boleh bebas ambil gambar dan bagi makan kangaroo. Makanan kangaroo ada dijual di entrance dengan harga AUD2.
|
Dah settle beli makanan kangaroo..jom kita masuk! |
|
Ni lah rupa makanan kangaroo. |
|
Mula-mula rasa geli bila dia makan..Bila dah lama baru ok.. kangaroo kat sini memang jinak sangat. |
|
Selfie with Mr. Kangaroo.. Gigihkan weollss!! hahaha |
|
Peace Mr Kangaroo! |
|
Selfie dengan staff kat sini. Monopod ni kira macam new things kat sana. Asian je pakai..huhu |
|
Kangaroo malas layan kitorang asyik selfie je..hahah |
Lepas dah penat ambik gambar dengan Mr. Kangaroo, kitorang teruskan jalan-jalan semula. Ada lagi yang belum habes tengok. Antaranya wallabies, turkey, crocodile dan flying kangaroo.
|
Flying kangaroo.. Baru tau ada spesis kangaroo macam ni. |
|
Wallabies. Saiz kecik sikit dari kangaroo. Dalam pocket dia ada joey. Comel sangat!! |
|
Lepas dah penat jalan kaki, boleh amik trip naik train pusing sanctuary ni. Tapi kena check schedule and que awal-awal. Ramai orang nak naik train nih. |
|
Kalau bosan-bosan tu, boleh juga beli duck food untuk itik. |
|
Just the two of us~ |
|
Bye bye Currumbin! Gambar last sebelum chow. |
Lepas dah seharian di sini, aku dan si dia bergerak ke destinasi kami di Surfers Paradise. Masih lagi naik public transport. Kepada yang berhajat nak naik public transport dan datang terus ke Currumbin Wildlife Sanctuary dari airport macam yang kami buat, mesti fikir kat mana nak letak luggage kan?.. Korang boleh simpan luggage di kedai souvenir di depan pintu masuk sanctuary. Free off charge tau. Staff souvenir shop tolong simpankan dalam store kedai. Bilik tu berkunci dan insyaAllah selamat. Cuma korang perlu maniskan mulut tanya staff kat situ je sebab tak ada sign board pon pasal luggage storage ni. Dorang cuma tolong visitors yang datang sini je.
Oklah, kengkawan..Kita sambung cerita hari kedua dalam entry seterusnya.. :)
ps: Aku akan cuba hubungi pemenang Ole-ole Kota Singa secepat mungkin. Tunggu tau!
bestnyaaaaa baca.. tak sabar nak gi nih! lagi 5 hariiii!
ReplyDeletehave fun zila! mesti dah sampai kat sana kann
Deletebestnya kalau dapat pergi sana jugak :)
ReplyDelete:)
DeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeletewelcome back sis...
woweee... g gold cost.... apa oleh2 utk saya? hehehehe... did everything went smooth like smoothy juice there (i mean de airport)....
btw, lama tak visit sini sebab ur blog show an error msg kat my pc and lappy - tak tau pasai apa....
huhuhuhu....
kat airport ok sangat huda..dia xde bukak bag ponn.. n smoothie kat sana mmg sedapp..xmcm boost kat malaysia..hehe
Deleteerror maybe sebab haritu privatekan blog kejap kot..tak sempat nak berupdate..hehe
waaa...sonok nye!! bila la dpt sampai sne kn...nk jgk main2 dgn kangaroo...
ReplyDeleteayue! ajak la cik abg honeymoon sana nnt..hehe
Delete