Cincin Lelaki: Anda beli di mana?


Hi bakal-bakal pengantin!

Opss! ini bukan cincin lelaki. :p

         Rasa macam dah lama tak bercerita pasal kawen-kawen. Nak cerita kena cari mood. Kalau time tak ada mood, alamat ke laut laa blog ni. huhuhu. Kembali ke tajuk asal, harini aku nak cerita pasal cincin lelaki. Bagi aku, inilah benda yang paling susahhhh nak cari selain kasut kahwin. Kalau benda lain, aku tengok je, pap pap pap terus ambil dan bayar. Tapi mencari cincin lelaki ni tidak sesenang itu. T.T

         Sebenarnya, cincin untuk lelaki ni takdelah wajib. Boleh je kalau nak gantikan dengan benda lain seperti jam tangan atau helmet. Helmet? Jangan tak percaya. Ada orang sarung helmet tau masa upacara batal air sembahyang!!! Untuk aku, aku lebih suka bagi cincin. Sebab sentimental value tu lebih sikit. Biar murah pada harga, tapi nilai cincin tu yang penting. :) Lagi pon orang bolehla tau laki aku dah kahwin. Tu motif sebenarnyaaa :p

Haaaa..sekarang dah percaya kannn


          Nak cari cincin lelaki tak semudah mencari cincin perempuan. Masuklah ke kedai mana pon, mesti rambang mata nak pilih cincin perempuan. Tapi design dan material untuk cincin lelaki sangat terhad. Kuantiti pon tak banyak. Pusing-pusing, design lebih kurang je. Cincin lelaki yang ada selalunya diperbuat daripada, suasa, emas putih, platinum, palladium dan perak.

          Emas putih memang sah-sah dah tak boleh. Suasa pula ada beberapa peratus campuran emas. Ada yang kata boleh pakai, kalau peratusan emas tu tak banyak. Berapa peratus, aku kurang pasti. Disebabkan rasa was-was, aku tak beli cincin suasa ni. So, tinggallah pilihan untuk platinum, palladium dan perak.

          Di bawah ni aku nak share dengan korang antara tempat-tempat yang aku pergi dan tahu dorang menjual cincin lelaki. Mungkin boleh membantu untuk b2b yang tengah survey. Klik nama untuk ke website mereka.

Habib Jewel
Aku ada pergi ke beberapa cawangan Habib Jewel. Kebanyakan cincin di sini diperbuat daripada emas putih, suasa dan perak. Design untuk cincin perak biasa-biasa je. Pilihan pon terhad. Yang cantik banyak yang dah sold out katanya. Website pula tak banyak membantu sebab tak ada tunjuk cincin lelaki. Harga dalam RM300.

Poh Kong
Cincin lelaki di sini diperbuat daripada perak. Ada pelbagai pilihan warna untuk batu seperti merah, hijau, kuning dan biru. Range harga RM200~RM300. Si dia kurang berkenan sebab cincin silver kat sini berkilat sangat.huhuhu boleh pulak.

Tomei
Cincin kat sini hampir sama dengan koleksi Poh Kong. Dorang ambil dari dealer yang sama kot. :p

Wah Chan
Pon sama juga dengan Poh Kong dan Tomei. Kalau tengok di website ada couple ring yang cun. Tapi aku tak jumpa masa di kedai.

Diamond & Platinum
Ni aku pergi di Midvalley. Seperti nama kedainya, cincin di sini diperbuat daripada platinum. Batu daripada diamond. Untuk yang paling murah, ada yang RM1500++. Tapi cincinnya memang nampak nipisss sangat. Macam boleh patah je. Kalau nak yang solid dan berkualiti, harga dalam RM4000 ke atas. Cincin platinum memang cantik. Kalau mampu, apa salahnya kan. :)

Diamoney
Diamoney pula aku tak pergi ke kedai. Cuma belek-belek website je. Banyak koleksi yang dorang masukkan. Sebelum pergi, boleh korang belek-belek dulu. Takde yang si dia berkenan kat sini. Jadi, kitorang decide untuk tak pergi ke kedai. Tapi bagi aku, cantik juga cincin di sini. Nice and smart. Tak taulah kenapa si dia tak berkenan. Cincin Diamoney diperbuat daripada perak dan disadur dengan palladium dan rhodium. Harga boleh tengok di website mereka. Kalau betul berkenan, boleh pergi kedai mintak diskaun. hihihi

Bausch K
Untuk Bausch K pula, aku ada tengok kiosk dorang di Midvalley. Cincin di sini diperbuat daripada stainless steel. Design dia kena pandai pilih sebab mostly funky sangat dan tak sesuai untuk dijadikan wedding ring. Boleh tengok di FB Page Bausch K. Harga pula dalam RM200~RM300. Agak mahal untuk cincin besi. Boleh beli cincin perak dengan harga yang sama.

Emas Sri Pinang
Untuk yang belum tahu, Emas Sri Pinang ada koleksi khas cincin lelaki yang dipanggil 'Koleksi Teruna'. Cincin koleksi ni diperbuat daripada palladium. Palladium ni, kalau dari segi harga tengah-tengah antara perak dan platinum. Harga sederhana dan mampu milik. Cawangan Emas Sri Pinang buat masa ni cuma di KL dan Selangor je. Aku pergi ke cawangan di Semua House. So far, berbanding dengan tempat lain kat sini paling banyak cincin lelaki yang aku jumpa. Design juga pelbagai.

Anggun Klasik
Anggun Klasik ni kedai online yang boleh buat cincin custom made. Boleh tempah untuk couple ring dan tulis nama korang dengan khat. Selalunya kedua-dua cincin diperbuat daripada perak, tapi cincin perempuan akan disadurkan dengan emas putih. Menarikkan. Aku pon teringin. Tapi cincin perempuan si dia dah beli masa emas murah haritu. Terpaksalah aku batalkan niat. huhu. Harga aku kurang pasti sebab tak pernah tanya.



          Selepas penat mencari, mestilah kena cerita aku dan dia beli cincin di mana. At last, kitorang beli di Emas Seri Pinang. After less, dapatlah cincin palladium berbatu nilam dengan harga RM6xx. Emas Sri Pinang ni kedai yang paling last kitorang pergi. Aku siap cakap lagi pada si dia,

"Ada ke takde ke kena beli kat sini jugak. Takde tempat lain dah nak cari. Kalau tak, tak dapat cincin!"

hahaha. garang tak aku?? Tapiii..nasib baik ada yang si dia berkenan. Perasaan lepas beli cincin ni sangat legaaa okayh! Tamat satu misi pencarian. hehehe. Untuk yang masih mencari cincin untuk pasangan korang, sekarang dah tau di mana ada cincin lelaki. So, happy hunting k! Good luck!

Jumpa lagi. :)


ps/: kepada yang tak sedar, aku baru tukar layout dan nama blog. blog asal adalah 'Me, Him & Life'. Saja nak tukar mood blogging. hehe. kalau ada komen, mengenai layout dan design boleh kasik feedback k!

30 lovebirds:

  1. layout yang simple dan tak serabut...suka sangat :)

    ReplyDelete
  2. sy itu hari beli kat Wah Chan je... heee~
    mesti kena cincin, tanda laa konon dah kawen.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btoiii diyana..tu aim utama beli cincin kat laki..heheheh

      Delete
  3. Entri yg best. hehe Beli cincin memang benda yang memeningkan. Nak survey pun makan masa sebulan lebih. Baru survey. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pening fiza..ssh nk cari yg perfect di hati..huhu

      Delete
  4. faezah, baju blog santek & kemas..
    I loike :)

    ReplyDelete
  5. cantik layout apa maksud takaramono..hee..saja nk taw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq MH..takaramono means treasure in japanese :)

      Delete
  6. Bausch K tu banyak funky2 ke ? Alaaaa. Malasnyaaa nak g survey ! Hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk yg funky2 masa pi midvel aritu nad..kite xberkenan sgt..huhuh

      Delete
  7. Mmg payah nk cari cincin lelaki...cik mah pun berapa kali g cari dulu..last2 beli kat wah chan yg perak punya..itulah last minit...hehehe...hrga rm300++ mcm tu...jemput join GA cik mah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang mcm yg kite survey gak la cik mah..pening pale mencari cincin lelaki ni..huhuhu..iA nnt kite join :)

      Delete
  8. kita beli anggun klasik! :)

    ReplyDelete
  9. xlama dh sis... semoga persiapan sis berjalan lancar...

    bagi ina, cincin lelaki xkisah pun kat mana... asalkan kemas dan teratur... sebab ada cincin lelaki ni, batu dh cantik, tapi ukiran cincin terlalu nipis .. pembuatannya kena ambil dari semua segi.. heheh. nasib baik kahwin nanti tunang minta pakai cincin yg tunang je... sebab dia xsuka pakai cincin... katanya mcm org tuar... hahahahahah... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh syoknya ina..kurang satu hal nak pening kepala..huhuhuhu

      Delete
  10. nak beli cincin ntok tunang tapi dia xsuka pakai cincin.rimas katanya.bila tanya macam mana org tau dia dah kawen..tunang jawab 'kuota ada lagi 3' haha sabar je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi dia mengusik tu..sllu yg cakap macam tu xbuat punyalah..klu yg diam2 tu yg bahaya..huhu

      Delete
  11. kite bernasib baik sebab encik tunang memang tak nak cincin..sebab tak pakai katanya, jangan membazir nak beli..

    tapi, kita suka tengok laki pakai cincin..tanda dah dimiliki..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu kite beli gak cincin utk cik tunang..nk bg org tau jgn kacau laki kita..huhuhu

      Delete
  12. heeee......bila la nak merasa beli cincin pulak ni^^

    ReplyDelete
  13. dulu pun rasa mcm x perlu cincin lelaki..lg2 masa tu klu blh nak jimat sehabis boleh...tp along insist nak jugak..so lynkan jela dlm terpaksa...siap masa tu ckp ngada btl tunang aku ni nak bercincin bagai...huhu..skrg dah lepas kawin baru rasa btl2 bermakna cincin tu...plus along ni jns sgt menjaga brg, klu nak keluar rumah mesti x lupa pakai cincin ni..so bila nampak dia pakai cincin tu, rasa dia bangga sgt nak bgtau 1 dunia dia dah ada isteri...rasa dihargai sungguh....gitu la perasaannya...hehehe..happy preps faezah!! =)

    ReplyDelete
  14. Fiza beli cincin en. hubby kat poh kong.. >_<

    ReplyDelete
  15. faezahhhhhhhhhh..bli kat sri pinang keee..sy ade voucher rm50 tau untuk cincin laki tu..hehe..tp xpela..faezah da beli..

    andddddd...aritu hampir2 tukar template ni tau!! hehe..tp xjdi..klu x da same da kt~~ huhu

    ReplyDelete
  16. thank you for sharing..
    ni otw cari cincin tok bakal suami..
    banyak ilmu dapat ;)))

    ReplyDelete
  17. tang kat sri pinang tu xde lagi murah ke dr rm600?

    bajet maximum 300 ;( hehe

    ReplyDelete
  18. sila ke facebook page saya untuk lihat koleksi batu cincin terbaru
    https://www.facebook.com/batucincinloriginal

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me