Salam Jumaat yang penuh barakah. :)
Sape pernah pergi Telok Chempedak? Best kan.. Kalau pergi jalan-jalan Kuantan, memang tak sah kalau aku tak singgah sini. Kira macam last pit stop sebelum balik Kerteh. Jalan pusing-pusing seround dua ambil angin sambil minum Chatime. Tak pernah pula aku bermalam kat sini. Tapi kali ni, ada event company. So, berpeluang bermalam di Hyatt Regency Kuantan Resort. Syoknya syoknya dalam hati. :D
Macam biasa, aku nak share dengan korang interior bilik hotel ni. Bilik di sini sederhana besar. Takdelah melaut-laut luasnya. Tapi adalah ruang yang bebas untuk solat dan bergerak. Di lengkapi dengan satu katil king, satu single sofa, satu meja kerja dan set TV dilengkapi Astro. Balkoni pon luas. Ada kerusi untuk korang duduk dan ambil angin. Sorry, gambar balkoni tak ada. hihi
Toilet pon luas dan selesa. Ada bath tub dan shower. Bolehlah kalau nak relaxing mandi tub. Aku paling suka toiletteries kat sini. Aku memang pantang kalau ke hotel, mesti nak ambil toilleties buat koleksi sebagai kenangan pernah sampai sini. Si dia pon dah tau perangai aku bila cerita pasal toiletteries hotel. Siap cakap, semua benda aku nak kutip. huhuhu. Tapi aku ambil yang best je la. Takdenye nak jadi Majlis Pembandaran.
Dan yang paling aku suka kat hotel ni adalah swimming pool nya. Cantikkk dan terletak di tepi pantai. Dorang sediakan dua buah swimming pool yang sama sebab ramai yang menginap di sini. Jadi tak perlu bersesak-sesak. Tapi, tu pon aku tengok ramai jugak. Mungkin sebab cuti sekolah masa tu. Selain tu, ada juga kerusi yang dorang letak untuk kita relaks-relaks sambil tengok keindahan laut. Tapi aku tak sempat nak buat apa pon. Habes kerja je, dah lewat petang. sob sob sob. Sebab tu terasa nak datang balik sini. huhuhu
Ni tips dari aku kalau korang nak ke sana:
- Sila booking awal untuk mengelakkan korang kecewa bilik dah penuh.
- Ada dua jenis balkoni; menghadap laut dan menghadap hutan/garden. Sila request untuk yang menghadap laut. Lagi cantik dan happening. Kalau nak yang sunyi, boleh request yang menghadap hutan/garden.
- Sila bawa portable wifi sebab internet di sini sejam pertama sahaja percuma. Jam-jam yang seterusnya kena bayar. huhuhu
- Tempat paling dekat untuk makan adalah Pantai Telok Chempedak. Walking distance tak sampai 5 minit.
- Dekat juga dengan pekan Kuantan dan tempat ikan bakar famous, Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Dalam 15-minute-drive.
Itu saja, jumpa lagi. :)
assalamualaikum
ReplyDeletedan salam jumaat
singgah pagi
salam jumaat zakiah :)
DeleteSalam ukwah...
ReplyDeleteWah...bestnya!!!
salam ukhwah dear ^^
Deletesalam jumaat dear... macam best jer...
ReplyDeletesalam jumaat farah..boleh la bawa ash nnt :)
DeleteHyatt ni dulu famousla dekat Kuantan. Now Zenith pula naik. Tapi mat saleh suka Hyatt sebab dekat dengan laut. Next time kalau pergi Kuantan lagi. Pergi tanya orang dekat mana Planet Curry Kubang Buaya. Nice one ! :)
ReplyDeleteyup..mmg ramai mat saleh pon..zenith best sbb depan ECM hehehe..kedai makan ape tu nad? nnt faezah cari..hehehe
Deletekalau g kuantan mst akan singgah teluk cempedak... tp Fiza tak npk gambar la..
ReplyDeleteAssalam...akk jom join 1st GA rose =)
ReplyDeletehttp://cikrosez.blogspot.com/2014/04/1st-ga-cuti-cuti-give-away.html
penah gi telok cempedak dua tiga kali gak
ReplyDeletetapi tak penah stay sana.
menarik.. boleh sajes kat mak ayah nnt :D
singgah sini dan klik tabung
ReplyDeletebestnya dapat ke sana.. :)
ReplyDelete