Beauty: Taman Sari Royal Heritage Spa, Resort World Kijal


Hi lovelies!

Ni cerita takde kerja masa hujung minggu lepas.
Hari Rabu lepas masa tengah golek-golek atas katil, tetiba jer terpikir lama dah tak pergi spa.
Kalau dapat pergi masa weekend bagus jugak.
Kalau hari Jumaat, salon memang tak buka di Terengganu.
So, tangan gatal-gatal browse website Resort World Kijal.
Sebab spa kat sini konpem tak tutup punye!

Esok tu terus ajak bff kat ofis.
And dia bagitau staff company kitorang dapat 50% discount.
Laaaagilah excited nak pergi!hehe
Terus aku call untuk booking.

front entrance

Sampai je, kitorang disambut di entrance.
Staff spa tu terus tunjukkan pakej yang ada untuk kitorang pilih.
Kebanyakan pakej spa ambil masa 2 jam.
Kena pandai pilih timing supaya tak susah nak solat nanti.

Untuk pakej, aku pilih physical conditioning.
Dalam pakej tu ada massage, body scrub dan hydro bath.
Kawan aku pula pilih hair wash/blow dry.

available packages
Korang boleh tengok pakej dan harga di bawah ni.
Lepas 50% discount, aku cuma bayar RM137.50.
Untuk spa, aku rasa ok la kott. Agak murah juga.
Kata nak jadi pengantin kan. :p

Lepas dah settle pilih package dan payment, aku di bawa ke bilik spa.
Kawan aku ke bilik lain sebab treatment berbeza.
Cantik juga bilik rawatan tu.
Ada dua katil dan satu bath tub.
Antara dua katil tu, ada tirai.
Kalau datang dengan member berdua pon takdelah malu-malu sangat hihi.



Lepas settle tukar pakaian, rawatan pon bermula.
Untuk masage saja, ambil masa 1 jam.
Tapi memang seronok rasa diurut. 
Dengar tulang bunyi kruk krak kruk krak.
Menurut akak spa tu, klu bila urut tulang kita berbunyi-bunyi maknanya area tu ada stress or keletihan.
Lepas tu baru sambung dengan scrub dan hydro bath.

Produk yang digunakan kat sini pon best.
Dorang guna product Mustika Ratu.
Even lepas spa treatment pon, dorang sediakan shampoo, conditioner dan shower gel dari Mustika Ratu untuk kita bersihkan badan. 
Wangiiii~~


Selepas rawatan, kitorang dihidangkan dengan teh halia madu.
Dorang memang serve sikit je. 
Tak sampai suku cawan pon.
Tu pon seksa nak habiskan. huhu
Disebabkan bagus untuk badan, tutup hidung minum sajalahhh.

Overall, aku berpuas hati dengan servis Taman Sari Royal Heritage Spa.
Rasa nak datang lagi try pakej lain pulak.hihi
Sape dok dekat-dekat, maybe can give a try. :)








6 lovebirds:

  1. bestnya.mesti segar je lepas tu :)

    ReplyDelete
  2. Best la. Nak pegi Spa la juga pas tgk entri ni.hehe Nak jadi bride yang cantik. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sila2..skali skala manja kan diri xsalahkan.. :D

      Delete
  3. wah bestnya..baru riki-riki nak pergi spa ni..
    tapi yang ni jauh sangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..kat ipoh pon mesti byk yg best yan :)

      Delete

 

online shop

Followers

hello me