Honeymoon Day 3: brisbane city


Hi peeps!

          Jom kita sambung cerita hari ketiga honeymoon. Actually, bukan cerita sangat pon. Gambar aje yang banyak. Nak cerita dah ingat-ingat lupa gitu... Makin tua ni, makin cepat lupa pulak..hihi

          Untuk hari ketiga, kami decide nak keluar daripada Gold Coast.Kononnya nak tengok bandar kat Aussie ni style nya macam mana.Maka pergilah kami ke Brisbane City. Dengar macam jauhkan..Tapi sebenarnya tak jauh mana Gold Coast dan Brisbane. Perjalanan campur-campur menaiki bas dan train cuma mengambil masa sejam lebih. Tak jauh manalah kan..tak sempat sakit pinggang pon..hihi

          Sesampai je di sana, kami jalan-jalan di sekitar stesen train. Brisbane merupakan bandar ketiga terbesar di Australia. So, boleh expect kan macam mana sibuknya di sini. Semua orang jalan laju-laju mengejar masa. Sangat berbeza dengan Gold Coast yang orangnya lebih laid-back. Kebanyakan jenama di shopping mall pon yang high end. Kalau di Malaysia, mungkin ala-ala Pavilion.

          Disebabkan intention kami untuk sightseeing, kami pon bergerak ke South Bank. Jauh juga nak jalan kaki. Tapi sambil-sambil tu boleh la mencuci mata. Kalau tak larat nak jalan, ada juga shuttle bus nak ke sana. Jarak perjalanan ke sana dalam 10-15 minit berjalan kaki.


Bangunan mahkamah di Brisbane kalau xsilap.


              South Bank Parklands ni kawasan park yang cantik untuk picnic, lepak-lepak dan ambil angin. Di sebelah petang ramai yang beriadah di sini. Yang menariknya, dari South Bank ni kita dapat lihat full view Brisbane City. Sangat cantik terutamanya di waktu malam. Di South Bank ni juga ada free wifi disediakan oleh Brisbane City Council. Anak-anak muda ramai yang lepak sini untuk guna wifi. Jarang aku jumpa free wifi di Australia.

            Lupa nak cerita, nak sampai ke South Bank ni kena cross Brisbane River melalui Victoria Bridge. Kalau jalan kaki, boleh la buat pit stop nak ambil gambar ataupun selfie bagai. View dari atas bridge ni memang super lawa. Boleh nampak both sides; the city side and the South Bank side. Kalau South Bank side, nampak Wheel of Brisbane yang georgeous itu. Wheel of Brisbane ni terletak dekat-dekat area South Bank juga. Just in walking distance.


View from Victoria Bridge

South Bank Parklands, Brisbane

Berlatar belakangkan Wheel of Brisbane

Padang yang bersih. Boleh golek-golek.

Gigih setup monopod sebab nak amik gambar cenggini..hahaha

Us & Wheel of Brisbane


          Selain tu, berdekatan South Bank ni juga ada satu laut buatan manusia dipanggil Streets Beach. Pantai ni kecik aje tapi ada ombak macam pantai semula jadi. Sini juga boleh mandi-manda dan picnic. Masa aku datang ni, Streets Beach ni ada renovation, so tak berapa nak cantik dan kemas sangat. Tapi kalau tengok review ramai yang cakap pantai ni cantik. 


Streets Beach

The man-made beach


           Selepas dah penat menapak, kami pon singgah ke food court di sini. Ada satu kedai kebab yang halal. Dekat sini aku try Boost Juice for the first time. Yer, juice ni ada kat Malaysia juga. But believe me, kena try juga Boost Juice ni kalau ke Aussie. Rasa Boost Juice di sini memang totally lain dari Malaysia. Di sini, memang dapat rasa texture buah dan  sangat lazat. Malaysia punya lebih cair dan rasa buah nya kurang menyengat. Kalau jumpa Boost Juice di Aussie, jangan lupa try ok!Kalau tak, rugi uollss...


La Boost~


            Lama jugak kami pusing-pusing di sini. Sedar-sedar dah gelap. masa ni pukul 6 petang dah gelap. Lepas ambil gambar night view, kami pon bergerak balik. Ada stesen train berdekatan South Bank ni. So, tak perlu patah balik ke stesen train yang kami turun tadi. Nama stesen tak ingat. Korang tanya Mr Google k. 

            Kepada yang berhajat ke Brisbane, di sini ada DFO. Ramai yang borong set pinggan mangkuk Corelle. Tapi kami tak ke sini sebab memang tak nak shopping. Kalau tak tau ke mana, mungkin boleh ke sini. Dengar cerita. kalau Corelle betul-betul sale boleh dapat satu set dalam Rm100 gitu je. Berbuihkan biji mata..hahaha Sebab tulah daku tak berani pergi takut terborong.


Brisbane City at night

Till we meet again Brisbane. :)


3 lovebirds:

  1. Assalamualaikum wbt....

    1. haaaa... kan dah kata... boost australia sedap kan... kan ... kan... try makan aiskrim bulla dan errr apa ea satu lagi aiskrim mango yang sedap tu... lupa dah nama dia...

    2. weih... rugi x beli correlle weih... murah bangat (errr time sale lah) ... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hudaa..nape xbtau ada eskrem best tuuu..corelle pon xbeli..ada alasan nak pegi lagi nih..hikhik!

      Delete

 

online shop

Followers

hello me