Wedding Review: Handbouquet


Salam Jumaat :)

          Kite teruskan lagi wedding review. Kalau ikut banyak lagi ni yang tak review. Aku try habiskan secepat mungkin. Bukan ape.. dah hampir setengah tahun kawen. Cerita pon dah basi. Design and idea semua dah expired nanti. Tak syok la nak sharing-sharing cenggituuu...

         Harini nak review yang simple-simple je iaitu handbouquet. Sepanjang majlis, aku cuma ada 2 handbouquet. Satu untuk majlis akad nikah dan satu lagi untuk majlis resepsi. Untuk majlis bertandang pula, aku tengok warna macam ngam jee, aku tibai recycle handbouquet majlis akad nikah sekali lagi. hehehe

         Untuk handbouquet masa akad nikah, aku dapat sponsor dari Azmah Ahmad Wedding Decor (AAWD). Hasil rezeki menang tempat kedua giveaway contest anjuran AAWD. Untuk handbouquet ni aku cuma keluarkan duit pos RM10 je. Alhamdulillah, memang rezeki sangat. Mila Kamil a.k.a bos AAWD memang baik sangat dan rajin melayan permintaan aku. Walaupun hakikatnya dia bagi free je kat aku tapi dia rajin sangat entertain customer. Thank you so much Mila. Hopefully AAWD akan success lagi selepas ni! :D


Ni lah rupa handbouquet dari AAWD. Aku request pink pastel handbouquet with brooches. Memang sayang sangat handbouquet ni. :)

Exactly macam yang aku request. Thanks Mila :)

Groom pon nak pegang HB gak..bagi ler can..hihi

Ni pula yang recycle masa majlis bertandang. Bolehlaa khennn..hihi


          Untuk majlis resepsi pula, aku pilih handbouquet fresh flower. Kalau sesapa yang dah baca cerita aku dari masa bertunang lagi, mesti tau aku frust sebab tak dapat guna handbouquet fresh flower masa bertunang dulu gara-gara nak booking last minute tapi kedai tutup. Bertunang hari cuti lah katakann.. Tapi takpe, hajat aku tertunai gak. Boleh pakai handbouquet fresh flower masa  kenduri. yeyeah!:D

         Handbouquet ni pon, aku order lambat juga la.. Dalam 4 ke 5 hari sebelum majlis. Aku tempah dari cina kedai bunga yang terdekat dengan rumah. Aku sempat jugalah survey 2,3 buah kedai bunga dekat pekan Bukit Mertajam ni. Rata-rata harga untuk roses handbouquet antara RM80-100. Aku tak pasti murah ke mahal. Sebab nak sangat, order je lah. Sekali seumur hidup ler konon. Alasan tu lah yang selalu aku guna pakai.hikhik.. 

          Aku pon order roses handbouquet warna purple and yellow. Aku minta amoi tu tambahkan sikit baby breath di keliling handbouquet tu dan ikat cantik-cantik dengan white ribbon. Majlis resepsi aku jatuh hari sabtu. So, aku janji nak ambil handbouquet tu pada petang Jumaat iaitu lepas habis majlis akad nikah. Tapi tak tau lah kenapa, sebab busy sangat kot masa lepas akad nikah tu aku terlupa nak collect handbouquet! Lupa juga nak pesan orang lain tolong collect.

          Aku dah gabra habes. huhu.. Luckily kedai bunga tu buka juga pada hari Sabtu a.k.a hari majlis resepsi aku. Kalau tak punah harapan lagii.. Aku singgah collect handbouquet tu on the way nak ke dewan untuk majlis resepsi. Alhamdulillah, puas hati dengan hasil kerja tangan amoi dan nasib baik janji-janji manis dia tu bukan palsu belaka. hihi..Begitulah complicated nya cerita aku dan handbouquet. Korang janganlah  contohi dan jadi mak nenek pelupa macam aku. hihi..


Ni lah rupanya hadbouquet yang panjang ceritanya tu...

Seperti yang diimpikan. This costs me RM80.

Jangan jadi macam pengatin ni. Pengantin kena sopan dan ayu tauuuu..

Thanks to amoi kerana merealisasikan impian kuu..cheewahhhhh!


          Sebenarnya aku teringin juga nak handbouquet dari peonies ke,,hydragea ke.. Tapi sebab dah lambat sangat order, tak dapek ler.. Kepada sape-sape yang teringin handbouquet dari bunga yang agak rare di Malaysia, silalah order sekurang-kurangnya sebulan awal. Lagi-lagi kalau korang duduk di kampung macam aku ni. hihi.. Hope entri ni membantu korang di luar sana. :)



Till next time.xoxo

11 lovebirds:

  1. Cantik handbouquet Mila kan..
    fresh flower warna kuning tu naik sangat warna dia suke2..

    ReplyDelete
  2. Seriously cantik. But belum terfikir lagi nak kahwin.. Hahaha..
    Dan harap belum terlambat nak wish, selamat pengantin baru buat cik faezah..
    Sorry lambat wish sebab dah jarang sangat bukak belog..

    Semoga kekal bahagia ke anak cucu cicit piut yer.. :)

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa HB faezah.. geram tgok!!! hehehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe.. suka part yg makan ais krim tu!!!!!!!!!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..tgk org mkn kite pon nk makan gak..jadi camtu lahhh..hehe

      Delete
  5. cantik2 semua HB Faezah.. rina sukaaa! =D

    ReplyDelete
  6. cantik. Comel. Cute hand bouquet.

    Pasangan pengantin pun berseri-seri

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me