Salam Jumaat. :)
Untuk beli kain baju nikah, aku dan si dia tak pergi jauh pon. Kami cuma ke Jakel Kuantan iaitu cawangan Jakel yang paling dekat dengan kami. Pergi juga ke Kamdar Kuantan sebelum tu, tapi takde sales girl nak entertain. Rasa frust sebab aku dan si dia tak pandai sangat bab kain-kain ni. Terus kami beredar ke Jakel. Di situ, confirm ada yang akan entertain. :)
Sebenarnya teringin nak pakai warna champagne. Masa aku nikah, warna ni memang glemer. Bila test nak lihat sesuai ke tak dengan skin tone, nampak macam tak berseri pulak. Terus tukar warna lain. Pilih punya pilih, akhirnya kami decide warna dusty pink. Warna-warna pastel memang tengah in masa tu. Then, match kan dengan lace silver. Kalau google pon, ramai yang matchkan dusty pink dengan silver lace. So, ok la kot. hihi
Persalinan Perempuan
Seperti yang aku ceritakan di entri ni, untuk persalinan perempuan aku hantar ke Terapuri Bridal. Jimi buatkan from scratch sampai siap sepersalinan baju. Sekali dengan patch lace dan beading. Aku tinggal nak sarung pakai je. hihi. Memang sangat puas hati dengan workmanship Terapuri. Servis pon pantas. Hantar tak sampai 2 bulan dah siap. Baju aku siap 3 bulan awal sebelum nikah. Memang berbulan-bulan lah baju ni di butik Jimi. Aku tinggalkan sebab still nak buat final fitting seminggu sebelum nikah. Takut mokcik mengembang di saat akhir. kihkihkih
Kos Persalinan Perempuan
Chiffon Plain bidang 60 (Dress, tudung & veil) : 7 meter x RM11.90 = RM83.30
Italian Satin bidang 60 (Lining) : 4 meter x RM22.00 = RM88.00
Border Lace : 1 meter x RM65.00 = RM65.00
Upah Jahit (Jahit baju, veil & tudung, Patch lace & Beading) : RM350.00
Total damage: RM586.30
Persalinan Lelaki
Untuk si dia, kami beli 4 meter kain kosong warna senada dengan baju aku. Sebelah kain ni ada shining sikit dan sebelah lagi memang totally plain. Boleh pilih nak gunakan side sebelah mana. Kami pilih side yang shining tu. Shining nya ada tapi takdelah shining macam kain satin. Aku pon tak tau apa exactly nama kain tu. huhu. Sampin pula kami beli berasingan di Jakel Jalan TAR. Kena pancing dengan abang Jakel masa tu. Tapi oklah, sampin tu boleh pakai lama dan boleh match dengan banyak warna baju. Penyedap hati.hihi
Untuk lelaki, memang takde pilihan la kann.. Antara baju melayu dan telok belanga je. Si dia pilih untuk buat baju melayu dengan tambahan detail di bahagian dada. Untuk baju lelaki memang dia settle kan sendiri sebab Jimi tak ambil upah baju lelaki. Si dia hantar ke Pok Mat Tailor di Ipoh. Menurut cerita si dia, Pok Mat ni memang terkenal di Ipoh. Orang-orang Ipoh tau la kot ek. Kualiti jahitan pon cantik dan kemas.
Kos Persalinan Lelaki
Plain Abita bidang 60 (Baju Melayu) : 4 meter x RM33.00 = RM132.00
Upah Jahit : RM150.00
Kain Sampin : RM500.00
Total damage: RM782.00
Begitulah ceritanya mengenai persalinan kami yang sederhana saja. Hope boleh jadikan rujukan uolls. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku tulis tips mengenai persalinan nikah. Banyak error yang aku buat. hohoh!
XOXO
Cantik !!
ReplyDeletetq nad :)
Deletesampin 5ratuihh..kena pakai 5 tahun tuu..hahaha
ReplyDeletehahha kak imm..sampin tu kena pakai smpai bila2..bkn 5thn je!!..
Deletennt anak2 nak kawen, kna perturunkan sampin warisan nih..haha
DeleteSya pon nampak part sampin 500 tu? perghhh..
Deletefaezah xbuat sewa ker??
cantik baju
ReplyDeletetq anum :)
Deletebaju si lelaki lagi mahal? terbalik sudah.
ReplyDeletetapi dua2 cantik bajunyer.. bilalah pulak turn kita..
uhuk3..
simple but nice..:)
ReplyDeleteCantik & sweet (*^_^)
ReplyDeletecantik sgt kak...
ReplyDeleteterkejut tgok harga sampin.. hehehe @_@
Cantiknye dear.Samela kte.Masa nikah pakai dress labuh.Hehe.Sebab nak lain dr yg lain kononnye.Sep2.
ReplyDeleteBaju yang comel dan cantik! Niceee :D
ReplyDeleteMemang kena la pink tu dengan silver :D tak sangka pulak
ReplyDeletecantik sangat bajunya... salam perkenalan dari indonesia
ReplyDeletelama dh x chat kan faezah,,zieta nak jmput faezah dtg ke majlis zieta 21/2 di batu rakit tganu,,klau ade kt ganu dtgla ye =D
ReplyDeletehai
ReplyDeletekalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
ada paperbag, sticker, tag & card :)
tq tuan tanah
Our blogshop click >> CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >> @begkertas
tq :)