10 FAQs About Braces

Salam hari minggu dearies :)

Sape pernah pakai, tengah pakai atau teringin nak pakai braces?!

gambar hiasan

Suatu masa dulu, braces ni macam rare things jugak.
But, nowadays tidak lagi.
Ramai yang pakai braces untuk betulkan teeth position.
Especially girls.

Me is one of them. :)
So, harini aku akan share soalan-soalan yang selalu orang tanya pasal braces.
What I will share is purely from my experience and research.
Bukan dari pandangan seorang dentist yer. :p

10 FAQs About Braces.

1. Q : Sakit tak pakai braces?
    A : Sakit tu tak berapa sakit sangat. Selepas pakai saja braces, kita akan mula rasa sakit selepas 1 atau 2 jam. Sebaiknya, sebelum pasang braces, sila makan kenyang-kenyang dulu. Sakit tu rasa macam sengal-sengal pada gigi. Tapi kalau tak buat apa atau masa bercakap, tak rasa sakit pon. Yang sakitnya, bila nak makan. Rasa sengal-sengal dan tak mampu nak gigit dan kunyah makanan. Tapi korang boleh tahan punya la :)

2. Q : Lama tak sakit tu nak hilang?
    A : Macam aku, Alhamdulillah. Lepas 3 hari, aku dah mula makan nasi macam biasa. Aku tengok kawan-kawan aku yang pakai braces, paling lama pon seminggu je dorang makan soft food. Kalau sakit sikit-sikit tu biasalah. Jangan manjakan diri sangat tau. Takkan nak makan bubur je. Tak best la kan..

3. Q : Ulser teruk tak masa mula-mula pakai braces?
    A : Ada sesetengah hujung dawai, walaupun tak tajam, akan buat ulser terjadi. Sebab mulut tak biasa lagi. Dentist akan bagi sejenis wax untuk letakkan pada hujung dawai yang rasa tajam. Boleh tengok gambar di bawah ni. Selain tu mulut pon jadi lebih kering. Jadi, sila minum air banyak-banyak yer. 


texture wax ni macam plastesin. korang cubit sikit , gentel-gentel dan tampal dekat part yang rasa tajam

4. Q : Ada berapa jenis braces?
    A :Setahu  aku, ada metal braces, clear ceramic braces dan self ligating braces. Setiap jenis braces ni ada pros and cons dia sendiri. Harga pon berbeza. Korang cuba-cuba la tanya Mr. Google ek. Aku pakai metal braces. :)
metal braces
clear ceramics braces
self ligating braces

5. Q : Mahal tak nak buat braces?
    A : Kos nak buat braces bergantung kepada jenis braces yang kita nak pakai. Aku pakai metal braces. Kalau clear ceramic braces, harganya lebih mahal. Selain dari kos memasang braces tu, ada kos-kos laen yang kita kena fikirkan seperti kos x-ray, cabut gigi (jika perlu), dan retainer. Macam aku, 
kos braces(RM3500) + kos x-ray(RM90) + kos cabut gigi(RM200) + kos retainer(RM400) = RM 4190.

6. Q : Berapa lama nak kena pakai braces?
    A : Tempoh pemakaian braces selalunya satu setengah ke dua tahun. Bergantung kepada pergerakan gigi kita. Kalau orang yang improvement nya cepat, akan ambil masa yang lebih singkat. :)

7. Q : Apa yang tak boleh makan kalau pakai braces?
    A : Masa mula-mula pakai, elakkan makan kacang dan makanan keras. Kerepek semua tak makan. Sakit wooo sekali tergigit. Chewing gum pon tak boleh yer. Kalau terlekat celah-celah bracket tu, jenuh nak bersihkan. huhu. Buah-buahan macam epal, pear etc., sila potong kecil-kecil dulu untuk senangkan mengunyah. Bila mula pakai braces ni, dah tak boleh nak bite makanan guna gigi depan. Akan rasa sakit. Lepas setahun lebih, baru aku gigit makanan guna gigi depan. Itu pon kalau terpaksa. Contohnya, masa makan burger dan pizza. Aku tak suka makan daging sebab, urat-urat daging tu akan melekat celah-celah gigi. hihi

8. Q : Macam mana nak gosok gigi bila pakai braces?
    A : Selepas pakai braces ni, kita gosok gigi macam biasa juga. Cuma kena pakai satu lagi tooth brush yang dipanggil 'Interdental Brush'. Fungsinya untuk gosok part-part yang berus gigi tak sampai. Especially, part between the teeth. Barulah gigi korang cantik dan bersinar. hihih

Pelbagai saiz interdental brush

9. Q : Berapa lama sekali kena jumpa doktor lepas pakai braces?
    A : Sepatutnya kena jumpa dentist once a month. Kalau busy tak sempat jumpa dentist pon make sure jangan tak jumpa dentist lebih dari 2 bulan. Lagi jarang kita jumpa dentist, lagi lamalah kita kena pakai braces. Selain tu, kalau ada perubahan yang tak sepatutnya dentist dapat detect dan betulkan lebih awal.

10. Q : Tips sebelum pakai braces.
      A : Sebelum decide nak pakai braces, cari info secukupnya mengenai braces dan pastikan kita tahu dan faham kemungkinan yang akan terjadi bila pakai braces. Kalau boleh, cari dentist yang dekat dengan rumah untuk senangkan kita setiap kali monthly appointment. Dan yang paling penting, cari dentist yang bersopan dan cermat masa buat kerja. Yang ni boleh riki-riki pada orang yang pernah pakai braces. Pilih dentist yang ada good reputation. :)

Hope sharing ni bermanfaat kepada korang. :)
Kalau ada yang kerja sebagai dentist atau sape-sape yang pakai braces juga, jom share pengalaman kat sini.
Kalau ada soalan lain lagi pasal braces, boleh tanya sini.
Aku akan cuba jawab mengikut pengetahuan dan pengalaman aku. :)


ps:/ tak sabar nak buka braces hujung tahun ni. hihi




9 lovebirds:

  1. nanti mesti cantik dah gigi you. my niece pakai dari sekolah rendah tau sebab ada masalah gigi huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsabar nak buka sebenarnyaa..nk tgk difference before n after :)

      Delete
  2. setakat ni tak berani nak pakai..then my mum say gigi dah ok..tak yah bazir duit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu dear..klu da ok, xyah membazir pakai..huhu

      Delete
  3. nice info..my frenz berminat nak pakai braces...tp xtau apa effect nyer...thanks..

    ReplyDelete
  4. U buat kt mana ye braces ni..

    ReplyDelete
  5. akak, agak2 pkai baces ni senang tak tiup instrument? dua2 gigi kacip saya jadi bentuk 'v'. my mom mmg dh decide nak pkai tapi tu la saya kne tiup flute. bila dah habis rasa sakit tu susah tak nak senyum?

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me