Cameron Highland : Strawberry Farm

Salam kengkawan.

Model Strawberry Farm.
This time kite cerita pasal strawberry farm pulak eh!
Seperti yang kita tahu, Cameron Highland ni memang sinonim  dengan strawberry.
Kalau tak ada strawberry bukan Cameron la nama nye.

Makin hari makin banyak strawberry farm yang dibuka di Cameron ni.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Chewah2..nak berperibahasa pulak..

Oleh kerana ada baaaaanyak sangat strawberry farm, tak dapat la kite nak pergi ke semuanya.
Kite cuma sempat pergi 2 strawberry farm je.
Iaitu Raaju's Hills Strawberry Farm dan Big Red Strawberry Farm.

Yang Raaju's ni kite tak masuk strawberry farm dia.
Kitorg singgah sebab nak try waffle dia lepas baca satu review kat foursquare cakap waffle kat sini yang paling sedap dalam dunia. cepatnyeee terpengaruhhh T.T

waffle and strawberry sundae. 

Not bad waffle kat sini..lembut dan gebu.
Di hidang pula dengan chocolate sauce, strawberry and  whipped cream, lagi laaa sedap.
Harganya RM6.

Kalau tak minat waffles, ada banyak lagi yang korang boleh try.
Ada strawberry cheesecake, strawberry sundae, strawberry milkshake dan macam-macam lagilah yang ber'strawberry'.
Jangan lepas kan peluang try makanan kat sini!

Selain dari makanan, di sini juga ada dijual homemade strawberry jam.
Sedap sangat. Sebelum beli, boleh try dulu.
Rasanya memang tak sama macam jem yang ada di supermarket tu.
Sebotol harganya RM6.50.

Ni la kaunter jual homemade jam.

Big Red Strawberry Farm pulak, kitorg pergi dah lewat petang.
Last destination sebelum nak check in hotel.
Kite tak banyak gambar kat sini.
Battery handphone dah habes.
Sempat ambil beberapa keping gambar je.

Selain dari strawberry, banyak sayur-sayur yang ditanam di sini.
Macam salad, parsley, lobak etc.
Gebus-gebus dan besar-besar semuanya.
Rasa macam nak makan terus je..hehe

Disini pon ada kedai makanan macam Raaju's juga.
Menu pon hampir sama.
Kalau tak dapat pergi sana, boleh try yang kat sini.

Oh ye, kalau nak masuk ladang strawberry untuk strawberry picking kena btau staff dulu.
Kawasan untuk petik strawberry ni ada pagar.
Kite tengok strawberry sini tak berapa banyak, jadi kitorg tak masuk pon sini.
Just beli strawberry kat Kea Farm je..hehe
Makan dengan susu pekat manis.
Sedapp..try la!


kanak-kanak ribena sangat!

Kalau korang pernah pergi strawberry farm lain, boleh la cerita kat kite ek.
Mana tau ada strawberry farm yang lg best..

Till Next Time!
xoxo

2 lovebirds:

 

online shop

Followers

hello me