Liebster Award.


Hi kawan-kawan sekelian!

Kalau korang baca title post kite, mesti dah tau kan apa kite nak post kali ni.
Kite telah di 'nominate' oleh Nelly for this award.
TQ yer Nelly! :)

Kepada yang belum tau, Liebster Award ni untuk blogger yang mempunyai 200 orang atau kurang dari 200 orang followers.
Maknanya, award ni dedicated untuk newbie gitu.
Macam kite laa..baru ada 71 orang follower jerr..kikiki

Kalau nak main permainan apa-apa pun mesti ada rules kan.
Untuk Liebster Award ni pon sama jugak.
Ada rules nya yang tersendiri.

So, the rules are:

1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate. 
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog. 
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate. 
6. Go to each bloggers' page and let then know about the award. 

Jom kita ke first rule.
List 11 facts about yourself.

1. Sangat sukakan spagheti. Sepinggan memang tak cukup.hahaha 
Dan spagheti juga the only recipe yang kite ada confident nak masak bagi orang laen makan. 
Nampaknya laki ku nanti kena ready la nak makan spagheti hari-hari..kikiki

2. Kite pakai braces. Gigi kite ke depan sikit je. Tapi gatal jugak nak pakai braces. 
Padan muka kena cabut 5 batang gigi sebab nak pakai braces!

3. Seorang yang agak sensitippp. bkn sentap yer kawan-kawan. hihi
Tengok drama sedih sikit je pon dah boleh nanges.

4. Suka shopping online. Kite memang akan avoid buka any online shopping website.
Sebab kalau dah browse, memang tak sah kalau tak beli. Nipis poket ku...

5. Suka warna pink. Tapi selalu tak nak ngaku suka warna pink. Sebab tak nak nampak macam minah bunga sangat. hahaha

6. Suka basuh baju dan sidai baju. Tapi tak suka lipat baju. Kadang-kadang sampai seminggu baru nak lipat.
Ada sape-sape nak tolong lipatkan? :p

7. Suka beli majalah tapi selalu baca tak habis. Dalam sebulan mesti beli at least 3 ke 4 magazines. Selalu nya kita beli Harmoni, Cleo dan Mingguan Wanita. Dan yang paling latest mestila majalah Pesona Pengantin. hihi

8. Seorang yang pemalu dengan orang yang baru kenal. Bila dah lama kenal, mak aihh nak berhenti cakap pon susah.

9. Allergic dengan seafood. Tak boleh makan banyak-banyak, nanti mula lah tergaru-garu.

10. Sukaaaa sangat makan chocolate. Tak kira apa jenis pon, semua kita telan. Kita tak boleh stop makan chocolate sampai la chocolate tu habis. Sebab tu tak boleh simpan stok chocolate kat rumah. Nanti tak makan nasik. Makan chocolate je.

11. Tengah merancang nak sambung study lagi. Tapi tak tau lah bila nya. Teringin juga nak ada master. Doakan yer kawan-kawan.

Ok, rules number 2.
Answer the 11 questions given to you.
Jom kita jawab soalan dari Nelly.

1. Apakah bakat tersembunyi anda? 
hmm..kita ni ada bakat tersembunyi ke..boleh lah kalau nak cakap ada talent sikit dalan nak buat kek. Zaman study dulu tiap-tiap minggu mesti baking. Sekarang dah lama tak baking. Harap-harap bakat tu masih ada. :)

2. Apakah perkara pertama yg kmu lakukan selepas bangun tidur?
Check handphone dulu. Belek-belek kalau ada email atau message yang masuk.

3. Shopping online atau offline, yang mana satu pilihan anda?
Kite prefer shopping online. Jimat masa dan banyak pilihan. Badan pon tak penat.

4. Apakah perkara paling berani yang pernah kamu lakukan?
Naik satu roller coaster ni. Orang kata roller coaster ni paling tinggi kat Asia. Nama nya Steel Dragon di Nagashima Spa Land. kalau rajin, google la pic dia. 
Roller coaster tu pernah ditutup sekejap sebab ada orang pernah jatuh. Tapi kite degil jugak nak cuba naik roller coaster ni. Naseb baik hidup lagi. Tapi best woooo! :D

5. Di manakah destinasi pelancongan impian anda? Kenapa?
Setakat ni ada 3 tempat yang teringin nak pegi. Istanbul, Venice dan Paris.
Sebab kite rasa tempat-tempat ni macam romantik.
Hopefully boleh pegi satu daripada tempat-tempat ni masa honeymoon nanti.

6. Apa perangai pasangan yang anda x senangi dan berharap dia boleh memperbaikinya?
Si dia ni tak suka berterus-terang sebab nak menjaga hati sangat. Bagi kite pulak, kita kena express supaya partner kita faham apa yang kira rasa.

7. Lelaki romantik bila....... (sila sambung)
Lelaki romantik bila dia sayang gila kat pasangan dia tu kot.

8. Anda suka makan kek perisa apa?
Semestinya chocolate! My all-time favourite.

9. Sila nyatakan 3 blog pilihan anda (terutamanya yang selalu anda lawati). 
Kita selalu visit blog-blog ni. Sebab suka ushar fashion dorang.

10. Fake or Fresh flowers, mana 1 pilihan anda? Kenapa
Fresh flowers. Sebab nampak lebih cantik dan bau wangi.

11. Berikan 3 tips untuk hidup gembira cara anda. 
  • Hindari perasaan negatif. Macam lirik 150 juta tu. 'Peduli apa orang kata. Bahagia kita rasa.'
  • Lakukan perkara yang boleh buat kita happy. Apa-apa je. Lain orang lain favourite nya kan..
  • Sekali-sekala pergi la holiday mana-mana. Tukar angin kejap. hihi

Item yang ketiga.
Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
Selamat menjawab yer anda-anda yang bertuah. hihi
Mintak maaf siap-siap kalau korang rasa soalan ni susah.

1. Apakah bunga favourite anda?
2. Nyatakan bulan kelahiran anda.
3. Dimanakah anda kenal pasangan anda?
4. Apakah hobi anda selain blogging?
5. Kalau masa boleh diputar semula, apakah perkara yang anda ingin lakukan/lalui semula?
6. Bayangkan hidup anda dalam masa 10tahun akan datang. Bagaimana kehidupan anda ketika itu?
7. Vanilla, Chocolate atau Strawberry?
8. Nyatakan 1 kelebihan dan kekurangan diri anda.
9. Apakah lagu kegemaran anda? 
10. Kalau anda sedih, anda buat apa?
11. Akhir sekali. Kalau anda bijak, dragon ball ada berapa biji semuanya?

Rules number 4.
Thank the person who nominated you and link back to their blog. 
Done.

Rules number 5.
Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.


Rules number 6.
Go to each bloggers' page and let then know about the award.
Japgi kite inform.
Selamat menjawab! :)

Till Next Time.
XOXO





4 lovebirds:

  1. Wah..sangat panjang dan mencabar nie! hehe..insha-Allah yana cuba jawap semuanya ye faezah..bagi yana masa sikit.heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay yana! just for fun.klu free buat la..hihi

      Delete
  2. thanks for the nomination. i've done :-)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. same la dear, anis pun suke spgeti and satu2 nye resipi y sgt yakin utk dimasak dan dijamu pd org lain.. especially en tunang.. hahahahah.. dahla kite ni same2 malas lipat baju kan? hehehe.. lawak :)

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me