Cameron Highland : BOH Sungei Palas Tea Center

Salam Geng!

Di entry kite yang lepas, kite ada bercerita pasal cuti-cuti di Cameron Highland.
Kalau belum baca lagi, boleh tengok sini.
Kite ada janji nak cerita dengan lebih detail pasal tempat-tempat yang telah kite pergi.
Untuk menunaikan janji, kite buat entry ni!
Sebenarnya kita nak tampal gambar jer :p

Joms check it out pasal BOH Sungei Palas Tea Center!
BOH Tea Center ni terletak nun jauh di atas bukit.
Simpang nak naik tu dekat je dengan simpang Raaju's Hills and Strawberry Farm.
Di sebelah kiri jalan kalau dari Brinchang.

Sebelum sampai ke atas sana, kena drive lalu lereng-lereng bukit dulu.
Bila tengok ke bawa rasa seram sejuk jugak la masa drive tu.
Takut jatuh. hehe
Bila dah sampai, korang still kena naik tangga untuk sampai ke atas tu.
Sempat la semput kejap..hehe

Thirah and Sarah on the way to the top. Berehat sambil amik gambar dulu.

Tapi kepenatan tu sangat berbaloi bila dapat tengok the real Tea Plantation.
Sebelum ni tengok di TV aje.
Bila tengok ladang teh yang luas terbentang ni, kite memang rasa respect kat pekerja yang boleh daki ladang teh sambil galas bakul yang berat kat belakang.
Kalau kite, 10 minit pon dah pancit! ehehehe..

Kat atas tu, boleh la posing-posing ambil gambar berlatar belakangkan ladang teh.
Sejuk je mata tengok kehijauan ladang teh tu.
Indahnya ciptaan Tuhan.

Background ladang teh and Cafe.

Port faveret untuk ambik gambar sebagai bukti korang dah datang sini. :p

Lepas dah puas bergambar, korang boleh la rehat-rehat minum teh kat sini.
Dekat cafe ni self-service. Just que and order kat counter.
Ada pelbagai jenis and flavour teh yang korang boleh pilih.
Harganya pon berpatutan. Secawan teh harganya dalam RM 4 macam tu.
Ada juga pastries, cakes and mushroom soup.
Kite pilih Milk Tea and Mushroom Soup.
Sedap makan time sejuk-sejuk.

Kita chillax duluuuu!


Masa kitorg sampai tu memang tengah tea time. So ramai la orang que.

Selain dari cafe, ada juga kedai yang menjual produk BOH.
Ala-ala kedai souvenirs.
Kite lupa nak snap gambar kedai tu.
Boleh la kalau nak beli teh sebagai buah tangan.
Kite just beli satu je untuk rumah mak.
Harga teh BOH ni agak mahal compared to other brands.
Kalau nak borong teh banyak-banyak, better beli dekat Kea Farm.

Sebab toilet dia cantek, haruslah amik gambar..hihi

Kite suka BOH Tea Center ni sebab nyaman and tenang kat atas ni.
Permandangan pon cantik.
For me, ladang teh ni antara tempat yang must-go kalau datang Cameron.
Kalau nak datang, hati-hati yer masa memandu.
Jangan cuak-cuak bila selisih kereta! hihi

Till Next Time!
xoxo

3 lovebirds:

  1. Cabtiknya background ladang tuuu.
    Nina pun seram kalo drive lalu lereng2 bukit. Dulu masa belajar kt upsi mesti lalu genting utk balik kelantan

    ReplyDelete
  2. kat boh tea centre tu byk kali dah singgah.. tapi xpernah sekali pun turun spai bwh.. sob2.. cantik kan view die.. hehehe

    ReplyDelete
  3. heheheh toilet dia memang lawa!XD

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me