Wedding Review: Terapuri Bridal, Pulau Pinang




Sebab tak sabaq sangat tunggu full album dan edited pictures siap, aku minta je raw file dari OP.
Bolehlah buat wedding review vendor yang aku gunakan masa kahwin dulu. hehehe..

          Untuk wedding review yang pertama, kita review butik pengantin dulu yer. Untuk sebelah pihak perempuan, aku hire Jimi dari Terapuri Bridal. Macam yang aku cakapkan dulu-dulu, aku sempat survey online je. Lepas tu baru aku shortlisted kan Bridal yang berkenan dihati untuk survey masa balik kampung. Terapuri Bridal antara butik yang terawal aku pergi. Lepas tu, aku ada survey 2, 3 Bridal lagi. Tapi sebab cuti di kampung tak lama, aku tak sempat nak pergi semua Bridal yang dah shortlisted tadi. 

         Antara semua Bridal yang aku pergi, harga pakej dari Terapuri Bridal je sesuai dalam budget aku. Itu pon ngam-ngam je. Bridal lain memang quote harga diluar kemampuan. Berangan jelah kalau nak D'Teruna Dara & Wedding Decor. House of Red Gincu pon sama la. Kena ukur kemampuan ikut poket sendiri. huhuhu.. Akhirnya lepas Google serba sikit review Terapuri Bridal, aku decide untuk amik dorang. Sebab aku tak jumpa any bad review. Kira gamble jugakla sebab aku baru pergi beberapa Bridal je. Aku pon jarang balik kampung dan dah takde masa nak survey lagi, so nekad bayar deposit RM200 untuk block tarikh majlis aku.

          Banyak juga perkhidmatan yang aku ambil dari Terapuri Bridal. Boleh kata semua aku minta dorang buatkan. Dari baju sampailah ke dulang hantaran. Pemalas punya pengantin! Nak kawen je pandai. hahaha. Tapi Alhamdulillah Jimi rajin melayan permintaan aku yang cerewet dan suka bertukar-tukar idea nih. Sabar je dia layann.. Dan dia pon ada pendapat dia juga untuk kita pertimbangkan.

           Antara servis yang aku ambil dengan Jimi, upah jahit baju nikah perempuan termasuk shawl, veil, patching lace & beading, pakej dewan untuk majlis resepsi, mini pelamin untuk hari bernikah dan sewaan dulang hantaran. See! banyakkan. Macam semua Jimi yang buatkan. Sampai aku pernah cakap dekat Jimi, ' Kalau Jimi buat hal, tak kawen ler saya, Jimi.' Jimi gelak je dan cakap takkan la dia nak buat macam tu.


Solemnization Outfit

          Untuk baju nikah, aku dan si dia beli kain dan lace di Jakel dan plan untuk hantar upah. Mulanya nak hantar baju nikah lelaki sekali, tapi Jimi tak ambil tempahan baju melayu untuk lelaki. So, si suami hantar tempah ke tailor di Ipoh. Jimi cuma settle kan baju aku saja. Dari kain hinggalah siap patching lace dan beading. 
       
          Design bajunya, aku sembang gitu-gitu je dengan Jimi. Aku cuma cakap nak pakai dress je dan tak nak beading yang sarat. Nak yang sweet dan just nice je. Takmo yang lip-lap lip-lap. Selebihnya, Jimi yang pikir dan buat kan. Aku memang tak rajin nak buat beading macam b2b yang lain. Risau tak sempat siap. Nanti stressss mak nokkk!! Biarlah upah orang buatkan..huhuhu

         Alhamdulillah..Kejap je Jimi buatkan baju aku, Lepas sebulan hantar kain, aku dah boleh datang fitting. Aku pon tak expect secepat tu. huhuhu..Dannn.. aku sangat suka outcome dress tu!!! hehehe..
Untuk kos dan budget nanti aku cerita selanjutnya dalam outfit review k!

Inilah solemnization dress yang Terapuri buatkan. Simple macam yang aku suka :)

Ni close up sikit untuk beading dan lace. Tak sarat. Cuma di bahagian depan dan hujung lengan.


 Solemnization Dais

           Disebabkan reception di dewan, aku dah decide awal-awal nak ada mini pelamin masa nikah nanti. Kebetulan, akad nikah pon di rumah. Aku fikir sesuailah ada mini pelamin untuk sesi bergambar. Tapi tak berani nak beritahu parents. Dah dekat harinya, baru bagitau. Memang membebel ler bapak aku. Siap cakap, 'Tak dak lagi anak pak yang kawen ada sampai dua pelamin. Adik sorang ja buat macam ni.' Tapi aku buat diam jerr sebab nak jugak Mini Pelamin. hehehe..Korang jangan contohi kedegilan aku tau.

            Team dari Terapuri datang pasang pelamin ni malam sebelum akad nikah. Price untuk mini pelamin ni pon ok jugak laa. RM350. Design ni memang ready design yang Terapuri ada. Aku tak cerewet sangat pasal pelamin. Just tunjuk gambar kat Jimi, saya nak mini pelamin macam ni. Maka jadilah macam tu. Walaupun, bapak aku komplen aku amik mini pelamin, tapi aku rasa berbaloi juga aku amik. Pelamin ni lah yang jadi background masa akad nikah dan background untuk sesi bergambar dengan keluarga. Puas ler adik-beradik dan sedara-mara posing depan pelamin ni. hehehe..

*Harga pelamin adalah pada tahun 2014 dan tertakluk kepada Terapuri Bridal.

Mini Pelamin Akad Nikah


Pakej Dewan untuk Majlis Resepsi

           Untuk majlis resepsi sebelah aku, family minta buat di dewan. Sebab jalan nak masuk ke rumah sempit dan takde kawasan yang proper untuk parking. Aku ikut je. Kalau nak sewa khemah, harga lebih kurang sama dengan sewa dewan jugak. Tak beza sangat. Aku pilih buat di Dewan Kondominium Mutiara Bandar Perda sebab yang paling dekat dengan rumah aku. So, terpaksalah ambil pakej dewan dengan Terapuri.

            Dalam pakej Dewan ni, aku dapat sepasang baju resepsi sedia ada, pelamin dewan, hiasan meja makan beradab simple, 1x makeup, red carpet, flower arch, handbouqet, dan aksesori kecuali kasut. Terapuri memang tak provide kasut. Pengantin memang kena cari kasut sendiri. Untuk pakej ni aku ada customize sikit. Tak ambil makeup sebab dah ambil dengan orang lain dan aku request baju baru. Untuk baju baru, aku perlu tambah RM400. Banyak cerita pasal dress resepsi ni. Tapi alhamdulillah dapat juga warna yang sesuai. Untuk pelamin pula, macam biasa, aku cuma tengok gambar dari koleksi Jimi dan request dia ubahkan sikit-sikit supaya sesuai dengan warna tema aku. :)

Warna tema untuk resepsi sebelah perempuan Yellow/Gold, Grey & Purple. 

Abaikan pengantin gelak besaq. Boleh tengok detail baju resepsi, Simple, lebih kurang dress nikah. :)

Pelamin dewan. Meja makan beradap di sebelah kanan. Meja kek di sebelah kiri. Sedih dewan takde stage. :(

View dari left side, nampak pelamin dan meja makan beradap.


Hantaran

           Untuk hantaran, aku cuma sewa bekas hantaran yang dah siap berhias dari Jimi. Sebab taknak beli dulang hantaran yang baru dan susah-susah nak buat hiasan hantaran. Tinggal letak barang hantaran je atas bekas tu. Boleh lah cut cost sikit dan spend untuk perkara lain. :)

Hantaran dari pihak perempuan


          Overall, aku sangat berpuas hati dengan Terapuri Bridal. Aku tak sakit kepala langsung deal dengan Jimi. Everything runs smoothly. Semua yang dia janji, memang dia buat. Kalau tak boleh, dia bagitau awal-awal. Aku jumpa Jimi, tak smpai 5 kali. Tu pon termasuk jumpa masa fitting. Banyak contact by phone call saja. Sangat senang nak berurusan. Dia jenis tak cakap banyak. Janji kerja jalan. So, untuk orang-orang yang tak berapa particular macam aku boleh lah ke Terapuri. :)



Jimi (Terapuri Bridal) - 010-4641922



















         

24 lovebirds:

  1. Uhuhu panjangnya entry, Baju tu cantik sangat ><
    Yang penting pelamin vogue gituuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terpanjang pulak kan entry ni..thank you dear :D

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt...

    tahniah... selamat sudah... ;-)

    ReplyDelete
  3. Spotted the pillow cover dlm bilik pengantin... ktna beli ek?huee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dilla, yg tu dapat masa contest GA..hadia dr the red ribbon. :)

      Delete
  4. cantik la baju peach tu..sy pun suke simple :)

    ReplyDelete
  5. tahniah faezah..da jadi isteri org ! huhu semua nice time wedding faezah..baju princess cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik mekasih cik fadh!! nnt kite g jenguk blog tgk baju cik fadh plak

      Delete
  6. pergh cantiknya awak.. pelamin superb.. hantaran lawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih awak..semua pengantin cantik..hihik

      Delete
  7. seriously cantik!!! anyway belum terlambat lagi kan nak ckp selamat pengantin baru and selamat hari raye!! :)

    ReplyDelete
  8. akak cantik sgt...Tahniah yeee :D

    ReplyDelete
  9. cantiknyaa dress faezah! nampak anggun di hari bahagia.. tahniah

    ReplyDelete
  10. Selamat pengantin baru..semoga bahagia hingga akhir hayat..huhu

    ReplyDelete
  11. cantik nya sis :D btw, overall berapa total semuanya sis?

    ReplyDelete

 

online shop

Followers

hello me